Sejenak Warga KPM di SK Bangi

20 Julai 2010. BANGI.Dr.Hjh.Bity Salwana binti Alias bersama seorang pensyarah telah mengunjungi SK Bangi pada hari ini.
Beliau adalah Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia telah singgah untuk berjumpa guru-guru atas tujuan mendapat feedback berkaitan soal selidik guru-guru besar yang telah mengambil Ijazah baru-baru ini.
Pertemuan yang begitu mesra dan hangat itu tadi, telah memecahkan beberapa persoalan yang bermain dalam pemikiran kedua-dua belah pihak.
Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih atas saranan untuk penambahbaikan kaji selidik. Ada antara guru yang belum melihat emel tersebut. Ada juga emel yang masuk ke kotak SPAM. Untuk makluman, seramai 9 orang guru-guru dari SK Bangi telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik tersebut. Saya berminat untuk menjalankan kajian tindakan, tapi....apa kes agaknya yang boleh diketengahkan?

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre