Tamu dari Papar, KOtad Belud dan Lipis

Kadang-kadang ada masa lapang, boleh lah sembang-sembang. 3 orang adik-adik ini katanya datang dari Sabah, sementara sorang lagi dari Lipis, Pahang. Nak korek sejarah di SK Bangi tentang perkhidmatan unit Bimbingan dan Kaunseling. 2004, Cikgu Raja yang mengambil alih tugas dan peranan Unit ini, saya lihat cukup cemerlang sekali apa yang Cikgu Raja Khariah telah lakukan, syabas. 2005, saya mula posting disini, sejak itu secara rasmi adanya GBKSM di sekolah ini hingga hari ini. Saya mula-mula tak tahu apa tu GBKSM, rupa-rupanya Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.
Sejak itu juga, Unit Bimbingan dan Kaunseling ditubuhkan, kemudian ada pula Pembimbing Rakan sebaya (PRS) dan Kelab Pencegahan Jenayah. Ntah apa-apa banyak sangat kelab, bila masa nak urus yang itu dan yang ini. Akhirnya nama kesemua kelab itu dimansukhkan, yang ada kelab pencegahan jenayah, tetapi semua program lain, kami jalankan sikit-sikit, seperti Teknik Asas Kaunseling, Kepentingan Kaunseling dan Perihalan Dadah.
2007, Murid bertambah ramai, Seorang cikgu tak cukup, Puan Nur Farizan di tarik menjadi guru Bimbingan kedua, 2008, tambah 2 orang lain, Cikgu Zawani dan Cikgu Ros. 2008, saya keluar sambung belajar bab Dadah sembilan Bulan. Diploma Siswazah Penyalahgunaan Dadah. Pertengahan 2009, sekolah Bandar Seri Putra dibuka, 2 orang guru GBKSM di bawa ke sana.
2010, seorang lagi ditarikh ke sana, kini tinggallah saya seorang.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre