Akan ku bunuh Ustaz itu
02 Ogos 2010. NILAI. Ketika berada di Klinik Kesihatan Nilai petang tadi, saya sempat melihat mayat seorang remaja tingkatan 3 dari sekolah menengah daerah ini yang meninggal. Apa punca yang sebenar belum pasti.Namun mengikut percakapan orang-orang yang berada disitu, remaja terbabit terjatuh ketika berada di sekolah. Guru sekolah berkenaan menelefon bapanya, memaklumkan anaknya terjatuh. Bapanya minta bawa ke hospital/Klinik.
Tiba di Klinik, terkejut besar bapa melihat sekujur badan anaknya yang ketiga sudah menjadi mayat. Meraung jugak, sampai terkeluar kata-kata, "kalau tidak, aku bunuh ustaz tadi" katanya. Ini kerana ustaz sekolah tersebut yang menghantar anaknya ke klinik. Dengan keadaan mayat terluka dibibir dan pipi, terkencing, dan tiada kesan kotor pada seluar, bapanya mengesyakki guru sekolah berkenaan membunuh anaknya.
Saya faham keadaan orang kehilangan anak tersayang, baru tadi pagi saya memberi ucapan supaya bersabar, lalu saya cuba mencelah, ketika sang bapa menangis, sabar bang, besar sungguh ujian tuhan pada abang..."Apa sabar katanya? Kalau anak saya sakit, saya boleh terima, ini tidak, anak saya sihat, tiba-tiba boleh meninggal".
Pengajaran buat semua guru : Jika ada kes pelajar perlu dibawa ke klinik atau hospital, bersegeralah.Pada Ibu bapa pula, kalau tukar nombor telefon, anda perlu memaklumkan pada pihak sekolah. Banyak kes saya temui....sorry..the number you have dial...is not in servive
Comments