Penatkah Puasa

Menurut sejarah, ketika Tuhan mencipta Akal, tuhan mengarahkannya, "berpaling lah engkau ke sana" dia pun berpaling, "berpalinglah engkau ke sini"..dia pun berpaling."Siapa kau siapa Aku?" Tanya Tuhan, Jawab Akal, Engkau Tuhanku dan akulah hambaMu. Akal sejenis makhluk yang mudah mengalah apabila ia tidak dapat menjawab persoalan yang diajukan. Akal tidak boleh menyelesaikan semua masalah dalam dunia ini, banyak hal yang tidak masuk akal kata orang.
Lain ceritanya dengan nafsu, apabila tuhan menciptakannya, kemudian tuhan mengarahkan dia bergerak seperti tadi, tetapi dia degil, tidak mahu patuh, kemudian tuhan bertanya, siapa engkau siapa Aku, Akal dengan sombong menjawab, "Engkau Engkau, aku aku". Kerana degilnya dia, tuhan rendam dalam api neraka panas selama 100 tahun, sesudah tamat tempoh dendanya itu, dia ditanya lagi, pun masih menjawab "aku aku engkau engkau", lalu tuhan rendam dia dalam api neraka lapar selama 100 tahun. Sesudah tamat tempoh tahanan reman tersebut, baru dia mengaku, "Engkau adalah Tuhanku dan aku adalah hambaMu". Kerana itu, berpuasa menjadi satu syariat didalam agama ISLAM. Tujuannya untuk menundukkan hawa nafsu yang memberontak, yang degil dan melampau.Ada orang bertanya, boleh tak kalau kita buang nafsu, sebab dia banyak mengganggu kita? Tak boleh, nafsu ialah keinginan manusia, ingin makan, kahwin, hidup senang dan sebagainya, andai kata kita tidak ada nafsu, makan pun tak mahu... lama-kelamaan, kita akan meninggal..sebab lama tak makan, gara-gara tiada nafsu makan. Yang perlu ialah kita manage nafsu kita, agar ia berlari dan berjalan sesuai mengikut tuntutan agama.

Comments

me3n said…
Ha'ah. Sama macam harimau tuh..eh ke singa? ;p.

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre