Lebaran Merungkai Erti Keluarga

Lebaran ini penulis mengambil kesempatan untuk bergambar dengan sanak saudara. Berikut adalah beberapa keping foto yang menjadi kenangan lebaran ini. Nikon D90 memang menceriakan suasana.
Pak Su yang membantu saya sebelum ke Aceh kisah lanjut dalam biodataku..sekarang Pak Su sudah tidak dapat berjalan jauh, kerana matanya disahkan ada sejenis penyakit...ketarak..
Al-Hafiz Al-Ustaz Haswadi yang melorongkan saya ke Selayang Pandang 1998..
2 orang buah hati..Syaza dan Syazwiena
Di rumah nenek saudara (baju biru,tudung putih)...hanya inilah satu-satunya nenek saudara sebelah ibu yang tinggal, adik bongsu kepada arwah nenek saya. Inilah deretan sepupu saya, ummi nya bertudung putih duduk didepan.. (Baju Kuning) Al-Hafiz Ustaz Nazaruddin yang pernah memberi laluan saya bekhidmat di PERMATA..
Masih lagi bersama sepupu...dan bapa saudara
Inilah rumah kelahiran ku.. Kampung Kubang Tuman dimana jasad ini dilahirkan 34 tahun yang lalu
Guru Besar sekolah rendah dahulu, (SK Padang Garong,Komp.Sekolah2) Cikgu Mat..Alhamdulillah, masih sempat ke rumah mantan guru sekolah rendah dahulu, walaupun beliau tidak pernah mengajar saya, tetapi namanya masih dalam ingatan, dan beliau kini sudah mencecah 80 tahun, katanya banyak memori dah terlupa..beliau sebenarnya berasal di Salor, pernah menjadi guru di Sk Padang Garong 30 tahun, sebelum pencen, dilantik menjadi Guru Besar di situ, selepas beliau pergi, Cikgu Amri datang mengantikan tempatnya.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre