Dadah dan Dedah : Sama Naik

Jika tahun lepas (2009) dimana-mana ceramah dadah yang saya sampaikan, saya akan mengemukakan data 20 orang penagih ditangkap setiap hari di seluruh Malaysia, ini bermakna 1 orang setiap jam, namun hari ini, saya mula mengubah data tersebut, sebenarnya bukan saya yang mengubah, tetapi keadaan yang mengubahnya, saya hanya menyampaikan sahaja.
Anda tahu? awal tahun ini, setiap jam kes tangkapan meningkat kepada 2 orang setiap jam. Dan data terakhir bulan Jun, menunjukkan 3 tangkapan setiap 60 minit, atau 67 orang sehari, atau 2,013 orang sebulan. Apa maknanya ini semua? Inilah menunjukkan bahawa : 1. Kesedaran masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dan penagihan dadah belum wujud sama sekali. Kalau ya pun ada, hanya segelintir kelompok yang telah pun mendalami apa itu bahaya dadah. 2. Usaha pencegahan selama ini yang telah dilakukan, seolah-olah tidak memberi kesan yang semaksima yang diharapkan. 3. Usaha pencegahan hendaklah dilakukan sendiri oleh masyarakat, melalui institusi kemasyarakatan, surau, masjid, platform sekolah dan universiti, kilang-kilang, dengan ditujukan kepada semua belia-belia, pekerja dan pelajar sekolah.
4. Usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak berkaitan dengan dadah seperti PEMADAM, AADK, PENDAMAI, PENGASIH dan pusat rawatan persendirian, bukanlah kurang hebat, TETAPI tidak mencukupi keperluan zaman. Ini kerana badai taufan bala dadah datang dari segenap ceruk, sehingga banyak yang terlepas dari bubu yang ditahan. Ini membawa erti, usaha-usaha yang telah dilakukan perlu diperhalusi sekali lagi, dengan melihat keperluan lokaliti, keperluan semasa di dalam negara, bukan berkiblatkan pada negara tertentu. Untuk maklumat Jumlah Tangkapan 2010 : Bulan Januari, 40 tangkapan sehari, Bulan Februari, 37 jumlah tangkapan Mac , 40 sehari, April...75 sehari, Mei..72 sehari. Saya menyeru pihak-pihak yang mempunyai kuasa di surau, masjid, sekolah, kampung, taman, kilang dan seluruh lokasi dimana ada manusia dibawah anda, termasuk wakil rakyat, jika anda mahu masyarakat ditempat anda kurang dari penagihan, perhebatkanlah usaha pencegahan, berikanlah kesedaran dari awal, melalui orang-orang tertentu yang sudah memahami bahaya penyalahgunaan dadah, seperti bekas penagih yang telah insaf, pegawai AADK, dan orang-perorangan yang sudi bersama anda bagi membanteras penagihan. awas... sebahagian besar jenayah datangnya dari penagihan...

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre