Antara Pulangnya 2 Guru

SEMENYIH. 28 Nov 2010. Hari ini, saya ziarah 2 orang guru. Seorang guru besar, meninggal dunia petang semalam, dan disemadikan dengan aman pada pagi ini di tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma. Pulangnya seorang guru besar....
Beliau meninggal disebabkan sakit jantung yang menyerang secara tiba-tiba. Kelihatan anak-anaknya masih muda dan kecil. Kepada keluarga yang ditinggalkan, semoga dapat bersabar menempuh perjalanan hidup ini yang sudah ditakdir begini. Hadapilah dengan penuh keinsafan, setiap bernyawa pasti ada menemui ajalnya. Kepada anak lelaki, jagalah solat dan adab-adab kita, kepada yang perempuan, jagalah aurat dan solat juga, biarlah ruh itu merasa aman di alam sana.
Pada malam Jumaat adalah dikatakan bahawa ruh itu akan kembali ke rumahnya, janganlah kita ketika itu, sedang sibuk dengan TV dan hiburan, ada baiknya kita duduk dalam keadaana mengaji, menunggu masuknya waktu sembahyang dan bacakan ayat-ayat Al-Quran. Sungguh! Dia melihat kita semua, walau kita tidak melihat dia, SUNGGUH! Dia mendengar kita berbicara, walau kita tidak mengetahuinya. 4 Jenis kematian 1. Matinya laksana haiwan, dengan erti kata lain, tiada guna hidupnya 2. Matinya dalam keadaan kurus kering, kurang pahala amalnya 3. Matinya bagaikan orang yang tidur, penat bekerja sewaktu hidup, maka matinya bagi dia adalah satu kerehatan 4. Manusia yang mati, tetapi sebenarnya tidak mati. Hal ini disebut sendiri oleh Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 154 Diriwayatkan, bahawa apabila ruh itu telah meninggal badan, maka ada suara 3 kali dari langit. 1. Hai anak Adam, engkau kah yang meninggal dunia, atau dunia yang meninggal kamu? 2. Engkau mengumpul dunia, atau dunia mengumpul kamu? 3. Engkau membunuh dunia, atau dunia membunuh kamu? Apabila diletakkan di atas pemandian, maka ada 3 seruan pula 1. Hai anak Adam, dimana badanmu yang kuat, apa yang menjadikan engkau lemah? 2. Dimana lisanmu yang fasih, apa yang menyebabkan engkau diam?

3. Dimana telinga mu yang tajam, apa yang menjadikan engkau pekak?

4. Dimanakah kekasihnya yang cantik, apa yang menjadikan engkau sunyi?

Apabila diletakkan di kapannya, maka ada seruan 3 kali dari langit.

1. Hai anak Adam,keuntungan bagimu,apabila engkau ditemani oleh keredaaan Allah dan celaka engkau apabila engkau di iringi oleh Murka Allah.

2. Hai anak Adam, untung bagimu kalau tempat tinggalmu syurga dan celaka engkau apabila tempat mu neraka.

3. Hai anak Adam,engkau menempuh perjalanan jauh tanpa bekal, engkau keluar dari rumahmu,serta tidak akan kembali lagi selama-lamanya, dan engkau akan menempati rumah yang penuh dengan risiko dan manakutkan.

Apabila dia diangkat di atas usungan mayat, maka begitu juga ada seruan lagi dari langit.

1. Hai anak Adam, untung bagimu kalau perjalananmu baik.

2. Hai anak Adam, untung bagimu kalau sudah bertaubat.

3. Hai anak Adam, untung bagimu kalau sudah bertaat kepada Allah.

Apabila diletakkan untuk solat,maka ada 3 seruan.

1. Hai anak Adam,semua amalan yang engkau kerjakan sekarang ini engkau lihat.

2. Apabila amalmu baik, maka engkau lihat baiknya pula.

3. Apabila amalmu jelek, maka jelek pula engkau kan lihat.

Apabila usungan mayat diletakkan ditepi kubur

1. Hai anak Adam, alat keramaian apakah yang engkau bawa sebagai bekal untuk tempat yang kosong sunyi begini?

2. Kekayaan apakah yang engkau bawa untuk tempat yang faqir ini?

3. Penerangan apakah yang engkau bawa, untuk tempat yang gelap ini?

Apabila diletakkan didalam liang lahad,

1. Hai anak Adam, engkau dipermukaanku tertawa dan sekarang engkau menangis didalam ku.

2. Engkau dipermukaanku bergembira, dan engkau menjadi susah didalamku.

3. Engkau dipermukaanku berbicara dan engkau menjadi diam didalamku.

Dan apabila orang sudah kembali meninggalkannya maka Allah Taala berfirman.

“Wahai hambaKu, sekarang tinggallah engkau seorang diri, ditinggalkan engkau didalam kegelapan kubur, dan engkau selama ini telah melawan Aku dengan dirimu, sedangkan Aku sayang pada mu, dengan rahmatKu sehingga menakjubkan semua manusia jika lau mereka mengetahuinya, dan Aku lebih kasih sayang kepada hambaKu lebih dari kasihnya seorang ibu kepada anaknya”.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre