Ceramah Dadah 5 Minit (1)

Dalam membantu menangani gejala penagihan dadah, usaha di sekolah turut dilakukan oleh guru PJK dan guru Bimbingan. Guru Bimbingan telah dibekalkan modul relief dari tahun 1 hingga tahun 6. Setiap tahun terdapat modul untuk pencegahan dadah. Guru Bimbingan boleh mengambil modul tersebut untuk dijadikan bahan ceramah 5 minit dadah.
Untuk pertama kali, cikgu boleh terangkan kepada murid apa itu dadah? Dadah, sebagaimana yang ditulis dalam laman-laman web AADK dan bahan edarannya, merupakan bahan kimia yang jika di masukkan ke dalam tubuh manusia melalui sistem oral, suntikan, hisap, cium, letak bawah lidah, atau di masukkan melalui lubang dubur, dan sebagainya boleh mengakibatkan pengguna merasa khayal, bingung dan mabuk. Penggunaan yang berterusan boleh mengakibatkan pengguna hilang pertimbangan, halusi, delusi dan sebagainya. Sikap pengguna akan berubah menjadi panas baran, cepat meradang, suka menyembunyi barang-barang miliknya, (baca tanda-tanda penagihan). Zaman ini terkenal dengan penggunaan dadah syabu. Jika dadah heroin di hisap merata tempat, namun syabu di gunakan didalam bilik tertutup seperti hotel, motel, rumah tumpangan dan sebagainya, kerana syabu tidak boleh di gunakan di tempat ada edaran angin.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre