Jejak Turning Point

KUALA LUMPUR. Semalam saya sempat menemuramah 4 orang bekas penagih dadah didalam sebuah hotel di Kuala Lumpur. Dari jam 5 petang hinggalah 1.00 pagi, mata dah beberapa nak tutup kelopaknya, nampaknya saya kena balik dulu, walaupun ramai lagi yang belum tiba, Beberapa orang silih berganti, sambil bercerita. Supaya sesi temuramah tidak menjadi rasmi dan kaku, kami saling bercerita. Dan mereka dengan kisah dunia masing-masing sewaktu zaman puluhan tahun dahulu. Tujuan temuramah ini untuk mendapatkan Apakah sebab-sebab mereka berjaya berhenti dari menagih dadah heroin. Kerana dulu memang heroin antara yang paling kuat, masa tu, mana ada syabu, ice, domikon, eramin 5 dan sebagainya macam hari ini katanya.
Otai-otai ini adalah orang lama dalam dunia penagihan dan telah berhenti sekian lama. Mereka masih menjalani pemulihan kekal, sesungguhnya tiada ISTILAH pulih bagi penagih sebenarnya.
Kata mereka, aku lihat penagih hari ini, mana ada khayal macam kita dulu, ah...macam tak ada apa lah. Aku dulu 3 hari tidur sambil duduk, katanya sambil menunjukkan, cara duduk, duduk bersila kemudian kepada terduduk di lantai. Bila kami sampai KL katanya, tauke dah jamu dah...hingga 3 hari.lepas tu baru kami beli dan bawa balik. Pernah merompak dan buat kes jenayah tak, saya tanya, jenayah tak ada lah, tapi mencuri pistol dan kereta ada lah jugak.
Nampaknya, apa yang saya temukan dalam beberapa sesi kali ini adalah, kesemua bermuara kepada satu titik nokhtah yang sama. Kenapa mereka ingin berhenti dan berjaya ? Sedangkan, ada puluhan ribu penagih dadah yang jatuh bangun dalam lubang penagihan. Bahkan ada yang lebih dahsyat menagih yang lebih dari dulu (syabu) setelah membuat pusingan untuk pulih. Titik-titik ini insya Allah akan dibukukan.
Kalau ditanya, semua penagih sebenarnya mempunyai keinginan untuk berhenti.Tapi kenyataan menjadi data, tidak semua yang berjaya, lebih sadis hanya 1 dalam seribu yang pulih.
Ketika hendak merapati hotel tersebut, tepat di Kampung Baru, seorang makcik menelefon saya, katanya, dia ingin sekali membawa anaknya ke Mekah mengerjakan umrah supaya anaknya dapat berhenti dari menagih. Saya memang kenal anaknya, sudah 2 kali masuk pusat serenti yang sama, dan sebelumnya, keluar dari sebuah tempat rawatan dan pemulihan berkonsepkan agama. Pun masih menagih, dan sekarang di pusat rawatan swasta. Untuk masuk pusat yang terakhir ini, kos register adalah Rm4,000. Saya menyokong lah mak cik, mudah-mudahan dia akan sedar, walaupun saya tahu, ada jugak, ramai penagih yang ditambang ke Mekah untuk mengerjakan umrah supaya berdoa disana, pun masih menagih bila menjejak kaki ke Malaysia. Tetapi..inilah usaha, inilah ikhtiar kita, biar dia tahu, betapa sungguh-sungguh nya kita, nak kan dia bebas merdeka dari belenggu penagihan. Saya juga dapat info baru, salah seorang yang saya temuramah adalah pengidap HIV. Dia terpaksa menghabiskan wang RM1,400 sekarang ini untuk belanja ubat setiap bulan, bagi membantu mengimbangi HIV nya. Sungguh.....satu perjuangan yang berterusan hingga akhir hayat, ingatkan bila dah berhenti, hilanglah segala kesusahan, namun.... dengan kudrat yang semakin longlai, tiada pekerjaan tetap, terpaksa mencari wang sebanyak itu hanya untuk ubat sahaja. Oh ya, terima kasih juga kepada seorang pegawai kerajaan dari Negeri Sembilan yang menghubungi saya untuk membantu ahli keluarga nya yang terjebak. Mudah-mudahan ada jalan keluar untuk masalah yang keluarga anda hadapi. Mungkin artikel ini sedikit sebanyak boleh membantu. Link, SO, sertefican others Memang sungguh rumit, jika hendak membantu ahli keluarga yang telah jatuh, bukan sahaja kena jaga perasaan dia, bahkan berkorban perasaan kita, lebih memeningkan lagi wang kita pula yang habis. Melihatkan fenomena penagih masuk pusat seakan tidak memberi apa-apa makna padanya. Seorang bekas penagih malam tadi pun berkata, saya tak pulih dengan cara masuk pusat. Ah...katanya, tak ada apa masuk pusat, saya pulih dengan cara sendiri, inilah yang sedang saya kumpul untuk dikoleksi, supaya menjadi rujukan umat yang ingin kembali ke jalan benar.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre