Luahan Mazidul Kelembapan Celcom

Bayar Bil Celcom Berlebih RM27 Dan Haram Jadah Broadband Saya Disekat!!! 10 Oktober lalu, rakan setugas dan blogger di Johor, Zulhazri Abu Bakar cuba membayar bil Celcom saya melalui sistem online menggunakan akaun CIMB nya. "Saya tried 2 kali tetapi notified system failed," katanya. Bil telefon bimbit berjumlah RM230. Berasa ragu dengan transaksi terbabit, sehari kemudian (11 Oktober) saya menghubungi Celcom Careline. Menurut petugas, bayaran bertindan telah berlaku. Maksudnya, Celcom menerima bayaran RM460. Lalu petugas sama diminta untuk memindahkan bayaran RM230 ke akaun broadband saya. "Bil broadband encik, RM203. Pemindahan bayaran akan berlaku dalam masa 3 working days," katanya. Jika diteliti, saya membuat pembayaran dengan lebihan RM27. 4 hari kemudian (14 Oktober), saya dapati broadband saya disekat. Lalu sekali lagi saya menghubungi Celcom Careline. "Celcom memerlukan 5 working days untuk melakukan pemindahan bayaran terbabit. Bagaimanapun saya akan cuba to unbar the line," kata petugas. Mana satu maklumat tepat? 3 working days atau 5 working days? Apapun terima kasih kepada petugas terbabit, 30 minit kemudian saya boleh menggunakan talian broadband untuk melaksanakan tugasan. Jam 1 pagi tadi, saya cuba menggunakan talian broadband sekali lagi tetapi gagal. Buat kali ke 3, Celcom Careline saya hubungi. "Isnin hingga Jumaat, 5 working days. Hari ini Isnin, hari ke 6. Mengapa broadband saya terus disekat?," soal saya. "System kita detects akaun broadband encik tercatat masih tertunggak," jawab petugas. "Saya telah membuat 2 panggilan sebelum ini kepada Careline. Selepas 5 working days kenapa masih disekat? Kata maximum days to solve the problem 5 hari bekerja. Itu soalannya. Sedangkan Celcom berhutang dengan saya RM27," ujar saya. "System error," ringkas responnya. "Apa jaminan you, keadaan ini tidak akan berulang lagi?," tanya saya. "Oh! Saya tak boleh berikan jaminan," jawabnya. "Tolong buat laporan kepada superior you berhubung kes ini supaya tidak berulang kepada pelanggan lain. Jangan perbodohkan customer, nanti Celcom diperbodohkan," jelas saya. "Baik. Saya akan buat laporan kepada pihak berkenaan," janjinya. Saya akan membuat susulan berhubung janjinya itu. Barangkali jika Celcom mewujudkan anugerah khas, 'Pelanggan Paling Banyak Komplen', saya pasti dipilih syarikat korporat itu sebagai penerima anugerah terbabit selepas Zulhazri Abu Bakar, kerana sebelum ini dia juga mendepani pelbagai masalah dengan perkhidmatan Celcom. Baca (1), (2), (3), (4), (5), (6), (7), (8), (9) dan banyak lagi entry menampilkan ketidakpuasan hatinya terhadap servis Celcom. Setelah menyemak semula bilangan komplen Zulhazri, saya akur dan terpaksa menarik diri daripada dicalonkan kerana sah dia akan diumumkan sebagai pemenang anugerah berprestij itu! Cis! Teringin benar, jika kakitangan Celcom menghubungi saya dan berkata ... "Kalau banyak sangat masalah dengan Celcom, guna sahajalah telco lain" Macam komen lazim dilontarkan sebilangan kakitangan hospital kerajaan ... "Kalau banyak sangat komplen fasal hospital kerajaan, pergi sahajalah ke hospital swasta" Ha! Ha! Ha! Nota Penghargaan Terima kasih kepada semua wanita melanggan produk ini. Semoga anda berpuas hati dengan kesannya kepada tubuh badan. Sumber

Comments

Noorhisham said…
Saya pula mengguna Maxis...akhirnya saya tutup Maxis...bill 3 bulan tak bayar katanya..saya bayar melalui CIMB Cliks...tetapi tidak sampai..

Minta dengan CIMB pulangkan balik wang saya RM48.00..CIMB kata tak boleh tarik balik..

ke MAxis pun x sampai....dalam akaun CIMB sy pun berkurang...rugi la kalu gini... susah2..saya potong talian Maxis..
eeeda said…
Saya bayar broke beng celcom guna maybank2u setakat nie tak ada masalah... kalau sekat... lepas bayar terus call kejap je dah boleh guna. memang senang. Bayar kat pejabat pos je problem tak sampai kat celcom.

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre