Mencari Sezarah Iman

AMPANG. 29 Nov 2010. Majlis Agama Islam Selangor di bawah Pusat Pemulihan Ar-Riqab telah mengadakan satu seminar khas. Para peserta terdiri dari wanita dari rumah kebajikan yang telah terlanjur dan lelaki Pengidap HIV dari beberapa rumah kebajikan. Antaranya Istana Budi, Raudhatus Sakinah,Teduhan Kasih.
Penceramah jemputan diawal pagi ialah En.Noorhisham Hamzah, Kaunselor SK Bangi, beliau mengisi 2 slot khas. Ceramah berkisar tentang kehidupan dan dihujungnya ada kematian. Kematian mesti disentuh untuk menghidupkan kembali jiwa yang telah lama alpa.
Seorang IDU, Inject Drug User didekati, saya bertanya, apa yang tuan mahu saya sampaikan dalam ceramah ini (slot 2). Ha...kalau boleh, tolong sampaikan tentang penyakit, saya memang ada HIV, tapi orang tak mahu kawan, dia ingat akan berjangkit. Tolong la bagi tau kalau boleh, ianya tak berjangkit. 2 malam sudah pun, saya intebiu dengan bekas IDU Heroin, sekarang terpaksa menanggung derita HIV, ubat terpaksa diberli Rm1400,00 sebulan. Apa jadi kalau lah katakan terlupa makan ubat ini tanya saya pada yang hadir hari ini di sini, menggigil lah, macam orang kelaparan sangat-sangat katanya. Tapi ubat saya tak ada lah macam Rm1400,00 tu, itu kira dah heavy sangat dah. Terima Kasih kepada Pengelola, Ustazah Hafizah yang bertungkus-lumus mahu Seminar ini menjadi kenyataan. Saya yang datang awal pagi, terkejut melihat bilik yang kecil, kerana saya berfikir yang akan hadir ialah ratusan pelajar. Oh tidak, ianya cuma 17 orang tidak termasuk pihak pengurusan. Apa pun, saya cuba menyampaikan titik-titik penting yang padu, untuk mengisi makna kehidupan seorang manusia yang pernah jatuh dalam lubang dosa, nista, kebencian masyarakat, tohmahan manusia. Apapun, kita harus redha, kerana masa yang ada ini, peluang yang masih tersisa ini, jauh lebih baik dari kekayaan yang pernah kita miliki satu masa dulu. Allah sangat Maha Pengampun. Takut pada Ular, jauhi....takut pada Allah dekati...Sekian Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre