UPSR : Gambaran Kejayaan di akhirat
Hari ini segala keputusan sudah siap tertulis. Selagi belum mendengar pengumumanna, debaran penantiannya semakin kencang. Dup dak dup dak… macam nak terkeluar bunyinya.
Tiada lagi peluang untuk mengubah keputusan itu. Hanya redha dan pasrah sahaja. Kerana itulah hasil kerja, usaha kita semua selama ini.
Buletin ini mengajak untuk merenung sedikit kisah manusia yang berjaya dan gagal di akhirat.
Didalam Al-Qur’an sendiri ada menggambarkan wajah-wajah kejayaan manusia pada hari kiamat, kisah ini berlaku setelah manusia menerima buku rekod amalannya semasa di dunia. Kalau di sekolah namanya Adab Belajar.
Firman Tuhan “Wajah-wajah manusia pada hari itu berseri-seri, kerana berpuas hati dengan usaha mereka selama ini. (Sebagai balasannya mereka akan berada) didalam syurga yang tinggi……”hingga akhir ayat. Ayat 8 hingga 10 surah Al-Ghasiyah.
Itulah sedikit gambaran manusia yang berjaya.
Kisahnya sama, dunia dan akhirat. Yang berjaya akan gembira, yang gagal akan berduka.
Sebagaimana wajah manusia yang berjaya di akhirat berseri-seri, maka begitulah murid yang berjaya mendapat 5A dan 4A. mereka tersenyum tak habsi-habis, sampai ke dalam hati…oh..berbunga-bunga hatiku. Rasa ingin menjerit sekuatnya. Yes…aku berjaya, aku berjaya, aku boleh. Aakuu BOOLEEHHHHH
Cikgu tak kisah kalau nak jerit, asal jangan runtuh bangunan sekolah ni. Tahniah dan syabas sama-sama kita ucapkan kepada mereka.
Comments