Antara Jerantut dan Kuala Tahan

Seorang sufi berkata, sedekat-dekat pengembaraan ialah dari (satu tempat) di muka bumi ke muka bumi yang lain,sedangkan sejauh-jauh pengembaraan ialah dari dunia menuju Tuhan Rabbul Jalil.
02 Disember 2010. Taman Negara, Jerantut, 43000, Pahang Darul Makmur, awalnya bercadang nak pusing-pusing kat sungai, tapi kata member kat sini, tak ada pun, harga RM100.00 jelah boleh bagi. Aik tak sangka, jumpa kawan sepermainan masa kecil-kecil dulu di sini.
Rudin namanya, anak Pok Su Ja'far tukang kayuh beca, dan juga pemain silat pulut. Sayang lupa nak ambil gambarnya. "Mu kenal dok sapa aku?" Tanyanya, entahlah, siapa ek, muka dah berubah...sukar nak ingat lagi...
Atas bot dari Jeti menyeberang Sungai Pahang ke Taman Negara, ronda ke Sungai Tahan...antara pertemuan 2 batang Sungai, warna air yang berbeza... Singgah sekejap di Stesen Keretapi Jerantut... pernah ke sini tahun 1993 Dari sini ke Stesen Wakaf Bharu berapa belas jam kalau tak salah...lama sangat...pasal bukan keretapi ekspress... Duduk di sebelah saya, 2 dari kanan, Pak Cik Ghani, bila dapat tahu saya dapat melanjutkan pelajaran pada tahun 1998, beliau mengambil syiling tempat menyimpan duit. Di kira-kira duit, lebih RM100.00 beliau berikan pada saya.Sungguh! Jasa yang tak semua orang boleh buat. Walaupun hanya peneroka Felda, tapi mempunyai hati yang baik.Terima Kasih sekali lagi. Jasa semua yang pernah membantu saya, hanya Tuhan yang dapat membalasnya.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre