Modul PMD 2011

Salam buat rakan kaunselor"adalah menjadi kebiasaan" saya akan menyusun modul baru setiap tahun untuk PMD. Ada bertanya, apa tu PMD, PMD adalah singkatan dari "Program Maju Diri". Dan baru juga saya tahu, tidak semua negeri melaksanakan modul PMD ini. Contohnya Johor..kata salah seorang kawan. Insya Allah, jika sempat siap lebih awal, saya mahu berkongsi dengan rakan-rakan yang mahu. Modul ini akan digunakan selama 5 hari, bermakna satu hari ada 4 modul yang akan diajarkan kepada murid. Penyusunan modul ini mengikut keperluan semasa. Contohnya, antara yang masih menjadi masalah ialah, murid-murid sekolah ini masih gagal menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor mengikut rentak dan senikata yang betul. Masih ramai yang belum faham, apa itu bertakhta... mungkin mereka faham ber tata...masih ramai yang bernyanyi 2 lagu Negeri Selangor dengan 2 rentak yang berbeza. Terutama apabila menyebut... Duuuuu liiiii yang Maha Mulia.... ada yang sebut Duli Yaaaaanngggggg Maha Mulia... Rentak berbeza.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre