Ruzilah Sidek..
Kalau bukan kerana bertemu melalui Facebook, mungkin saya tak kenal sekalipun bertemu, berselisih di jalanan. Inilah salah seorang sahabat lama di sekolah rendah, katanya masih ingat lagi ketika di tahun 1, waktu tu Cikgu Abdullah, guru kelas kami yang mengajar BM, masuk kelas dan bertanya nak tahu tak siapa dapat nombor satu???? Naaaakkkkk ..... semua menjawab. Ruzilah Sidek... Tahun itu ialah 1984.
Saya belum tahu apa-apa lagi masa tu. Masih diaaaam je.. Ye lah murid baru. Kami masa mula-mula masuk SK Padang Garong kelas 1 Biru, (kelas kedualah) kemudian, 2 biru, 3 biru. Ada masa kena streaming...kami berpecah, Ruzilah ke kelas lebih pandai (merah), saya ke kelas kuning,(ketiga) masa darjah 4.
Enam tahun kemudian, 1990, kami masing-masing membawa haluan sendiri. Berpisah dengan semua kawan-kawan. Zaki Jusoh (Kampung Tingkat, Banggol), Asrul Hafez (Jalan Atas Paloh), antara yang masih saya jejaki dan masih belum jumpa.
Comments