Semalam di KLIA
Entah apa sudah jadi dengan si dia ini. Jamaah yang berada di sisinya menjeling beberapa kali ke arah kakinya. Apakah ini kerana kesuntukan masa, atau darurat atau memang dia faham solat boleh memakai seluar pendek.
Apa pun dia masih nak solat. Waktu dia berdiri, nampaklah sedikit kepala lututnya, apalagi waktu sujud, saya nampak jelas lututnya..
Alamak..janganlah begini dengan tuhan. Rapikan lah dulu, yang kedua sentiasa bersedia dengan pakaian solat bila keluar rumah. Lelaki kena adalah kopiah kalau boleh.
Perempuan pula jangan sampai tidak ada kain telekung dalam kereta. Tau sendirilah telekung yang ada di surau, busyuk, hitam, entah apa-apa lagi. Sanggupkah bertemu tuhan dengan pakaian kotor. Sedang kan kalau ke Mid Valley saja pun, kita pakai cantik-cantik... Fikir fikirkan lah.
Comments