Kiamat Pun di Tangguhkan

Dalam sebuah hadis Qudsi ada disebut, "Hai (Malaikat) Israfil, apabila tiba saatnya kiamat, dan engkau dapati masih ada lagi diatas dunia orang menyebut Allah, Allah, maka tangguhkan tiupan sangkakala, 40 tahun, bagi memuliakan orang yang menyebut tadi "
Demikian hebatnya amalan berzikir, sehingga dunia pun boleh ditangguhkan kiamat. Dalam Quran surah Annisa' ayat 103 ada menyebut "Fa iza qodhaitumus sholaata fazkurul lah.." Apakala engkau selesai solat, maka berzikirlah.
dI dalam Kitab Lisanul Arab... Zikrullah ditafsirkan dengan "menyebut dan mengingati Allah". Zikir bukan sahaja mengingat di dalam hati. Ingat dalam hati, tidak semestinya dia menyebut, tetapi bila menyebut, secara automatik dia ingat dalam hati. sebab proses untuk menyebut didahului oleh ingat terlebih dahulu.
Sebagai contoh, kita ingin menyebut satu perkara kepada murid dalam kelas, bahawa esok ada kokorikulum, maka cikgu yang nak menyebut sudah pasti dia ingat dahulu apa yang dia nak sebut.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre