Kepimpinan Dalam Konteks Sekolah

Atas jemputan sahabat karib saya di Pekan, Pahang, semalam saya selesai memberikan satu slot ceramah 2 jam kepada pengawas-pengawas sekolah SK Ubai. Akhirnya sampai jua ke SK Ubai Salah satu aktiviti yang dijalankan untuk meng eratkan hubungan sesama pengawas Anda... bukan pelakon yang saya cari...ini lah salah satu permainan untuk menunjukkan seseorang pemimpin akan mampu bertahan selagi dia tidak membuat kesalahan pada orang bawahannya
Ikrar seorang pengawas.. Program ini di akhiri dengan pembacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas sekolah. Terima Kasih Ustaz Abu Hanafiah Ariffin dan juga barisan guru SK Ubai, juga buat Puan Zalaha, Guru Besar SK Ubai.
Di sekolah rendah, murid sebenarnya belajar bagaimana menjadi seorang pemimpin. Tugasan mereka tidaklah sampai boleh menjejaskan pelajaran mereka. Ramai pelajar yang cemerlang terdiri dari pengawas, ketua pengawas dan pelajar-pelajar yang sering keluar mengikuti program kokurikulum peringkat daerah.
Untuk rekod, Cikgu Noorhisham dan Ustaz Abu pernah belajar bersama-sama di 3 buah sekolah, pertama di SMU Darul Anuar, (2) SMU Tarbiah Mardhiah Panchor dan (3) IAIN Ar-Raniry Banda Aceh, Indonesia. Pernah masuk surat khabar ketika Aceh dilanda saat getir, sehingga pihak kedutaan turun dan memberikan plan operasi menyelamat mahasiswa di Aceh dengan feri, atau kapal terbang TUDM.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre