Menijau Kampung Sungai Buah Bersama Mr.Michael
11 Feb 2011. BANGI. Bertuah, ya bertuah, SK Bangi menerima seorang guru dari Liverfool, Mr.Michael. Hari ini beliau datang untuk melihat invironment persekitaran Bangi. Saya membawanya melihat beberapa buah perkampungan dimana murid sekolah ini tinggal.
Saya tunjukkan sebuah ini, dipintu tadi ada seorang murid darjah 6, tidak ke sekolah hari ini, apabila saya datang, abangnya keluar, mendekati kami, apabila saya keluarkan kamera terus hilang "zaap" kedua-dua beradik tadi.
Kenapa tak sekolah? Motor pancit cikgu, sambil menunjukkan motornya di belakang. Murid kematian ibunya 3 tahun yang lalu, saya berbincang dengan Mr.Michael macam mana nak bantu, Mr.Michael terus menulis sebuah idea, macam mana nak bantu mereka yang suka main motor, tetapi tidak mahu atau malas ke sekolah.
Comments