Perginya Seorang Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah

27 Feb 2011. HULU LANGAT. Para guru daerah Hulu Langat hari ini dikejutkan dengan berita pemergian seorang pegawai PPD, beliau ialah Almarhum YM Raja Azman, mantan penjawat Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah-sekolah daerah Hulu Langat.
Penulis mendapat info seperti ini. Jam 10.00 pagi, semasa menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama rakan-rakan di Bentong Pahang, motosikal yang dinaiki arwah telah berlanggar dengan sebuah lori besar sehingga jasadnya terperosok masuk dibawah lori berkenaan.
Jam 5.00 petang, jenazah dibawa ke tanah perkuburan Islam Sungai Lalang, Semenyih. Bersemadinya jasad yang telah banyak membantu pencegahan penyalahgunaan dadah di daerah kami ini. Al-Fatihah untuk beliau selagi kita masih mengingatinya. Semoga pihak keluarga nya dapat menerima pemergian yang secepat ini dengan redha. Amin.Sesungguhnya Allah Taala telah berfirman, "Adakah manusia mengira mereka ditinggalkan setelah mengatakan kami beriman, sedangkan mereka tidak di uji"

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre