PIP : Program Intervensi Pelajar Terlibat Dgn Penyalahgunaan Dadah
Setelah acara ceramah tamat, saya di ajak ke kantin untuk menikmati makan tengah hari.Turut berada bersama saya, guru besar SKBR, Puan Siti Zahora Moh Nor, YDP PIBG, En.Wan serta sahabat se-kaunseling saya, Cikgu Rabuni.Beliau asal dari Sarawak.
Sedang makan, Cikgu Rabuni sempat bercerita, 2 tahun lepas kami bersama ke Sabak Bernam dalam program PIPP. PIPP ialah Program Intervensi Pelajar. Untuk makluman, murid yang dipilih ialah dari kalangan pelajar sekolah menengah yang telah disah menyalahgunakan pelbagai jenis dadah.
Selama 2 minggu pelajar yang terlibat dikurung disini. Kami datang memberikan ceramah sebagai proses pemulihan dari pihak Jabatan. Saya bertindak sebagai penceramah kerohanian.
Sayangnya tahun ini entah ke mana program itu.
Sahabat saya,Encik Rabuni berbaju hijau
Saya ditanya, boleh ke penagih dadah pulih ? Berbicara soal dadah terkini, pihak AADK pun sebenarnya tidak dapat memulihkan penagih. Tengok lah Pusat serenti Sungai Besi, dulunya penghuni perlu berada di situ selama setahun atau lebih.
Namun sekarang? Sekarang diberi pilihan... mahu berapa lama, pilih sendiri, 3 bulan, 6 bulan? Sebab setahun pun masih tidak menjamin berhenti menagih, bahkan yang 2 tahun pun, masih kembali ke alam gelapnya. Dan yang sudah berkali-kali masuk penjara dan pusat pun, masih juga dalam dunia ketagihan.
Bukan mudah nak pulih. Orang yang boleh pulih adalah atas kehendak diri sendiri yang kuat. AADK tu hanya membantu sahaja. Sama juga dengan Pengasih, Pendamai dan sebagainya. Malah ada yang masuk ke pusat rawatan berkonsepkan dzikir, pun masih kembali ke dunia nya.
Tuan boleh baca sejarah Hafney, bekas penagih tegar puluhan tahun yang silam, sekarang dilantik sebagai Presiden Pendamai, lihat sejarah hidupnya, bagaimana beliau boleh pulih, bangun dari kejatuhannya. Sila klik di sini
Comments