Sejauh Mana Peranan Pengawas Dapat Membantu Sekolah
Insya Allah, Jumaat ini saya bertolak ke Kuantan, Pahang. Pada 12 Feb 2011 saya dijemput untuk menyampaikan ceramah Kepimpinan kepada pengawas Sekolah Kebangsaan Ubai, di Pekan.
Pengawas di sekolah ibarat polis di tengah jalan raya. Memantau, memberi nasihat, menegur, cuma tidak boleh menyaman. Kebanyakkan sekolah mempunyai banyak kategori pengawas. Namun ramai guru yang tidak mengambil tahu apa masalah yang dihadapi oleh pengawas. Mungkin kesibukan guru atau guru sesama guru saling mengharap siapa yang lebih memberi perhatian kepada pengawas.
ANTARA masalah pengawas ialah Bidang tugas pengawas, arah tuju tugasan mereka dan ke mana hendak mengadu jika menghadapi masalah. Dan selepas mereka bertindak mengikut lunas-lunas peraturan sekolah, mencatat nama murid yang melanggar peraturan, siapa sebenarnya yang berperanan untuk mengambil tindakan lanjut?
Disini kebanyakkan sekolah hari ini, tidak sempat memberi tumpuan atau perhatian. Dengan itu, tidak hairan jika mood seorang pengawas asalnya rajin, gigih akhirnya menjadi hambar dan pudar.
Kerana mereka merasakan tugasan mereka tidak ke mana, tiapa siapa yang ambil tahu dan ke mana hendak dibawa nama-nama yang sudah ada dalam buku catatan mereka.
Oleh itu, guru-guru perlu sesekali mengumpul pengawas, untuk memberi suntikan semangat baru, bertanya masalah yang dihadapi dan memberi reaksi yang sepatutnya sebagai tindakan lanjut.
Comments