Inilah antara sedetik sebelum kejadian tanah runtuh di Hulu Langat
Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW bersabda, "Barangsiapa yang membaca Al-Quran, kemudian dia menghafazkan, dia akan dimasukan ke dalam syurga, bahkan memberi syafaat akan dia kepada 10 orang ahli keluarganya, yang mana mereka itu telah ditetapkan sebelumnya sebagai ahli neraka"
Masya Allah, lihatlah tuan-tuan, betapa tingginya darjat orang-orang yang menghafaz Al-Quran. Saya pernah menemplak orang-orang yang memandang rendah kepada mereka ini dalam siri ceramah saya.
Kata mereka, orang belajar hafiz Quran tak ada masa depan. Nak kerja apa? Mereka tidak tahu, orang yang hafaz Quran, bukan sekadar dimurahkan rezeki mereka didunia, bahkan di akhirat mereka boleh menyelamat ahli keluarga mereka, padahal antara ahli keluarga mereka itu, sudah disabitkan dengan dosa-dosa semasa berada di dunia dan telah dijatuh hukuman neraka.
Namun, disebabkan ada anak-anak yang kecil comel ini menjadi huffaz, mereka boleh membantu orang lain, bukan dengan wang dan kedudukan mereka, tetapi sebagai penjaga Al-Quran.
Comments
Saya mohon share gambar di entry terkini saya, Wajah-wajah suci itu.
Tak pasti nak kredit kepada siapa.
Iizn share kat blog saya. Semoga diberkati Allah swt. Terima kasih.