Kempen Mengguna PTT, Bersama Menjaga Lingkungan KIta

Salam, saya selaku Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Desaria Nilai, mengajak mana-mana warga Bukit Mahkota dan Bdr Seri Putra dan penduduk kawasan Nilai Impian, untuk mengenali apa itu PTT. Kami di Taman Desaria telah mulai menggunakannya, kini seramai 7 orang telah bergabung (join).
PTT ialah sejenis telefon Nokia yang ada fungsi Pres To Talk.(Biasa 6020, 2010). (PTT) Tekan dan Cakap. Ianya digunakan macam walkie talkie. Kami ada line untuk Taman kami sendiri (lingkungan kecil) ada line utk lingkungan besar (meliputi Sepang, Nilai, Dengkil dan kawasan sekitarnya).
Didalam line yang besar ini ada seramai 7 orang anggota polis. Bersama kami online 24 jam.(Dari Balai Dengkil,. Unit Udara, Mantin, Sepang dan lain). Untuk makluman, telefon jenis walkie talkie ini boleh digunakan dimana sahaja anda berada (seluruh Malaysia), tidak kira jarak macam walkie talkie biasa kenwood 7 kilometer. Ianya boleh didengari dan di gunakan walau anda berada di Negeri Sabah, janji ada line Maxis.
Jika ada apa2 maklumat berkaitan jenayah, pecah rumah, samun dan sebagainya,salah seorang menyampaikan melalui PTT untuk tujuan minta bantuan atau sebar maklumat.Diwaktu mereka menyampaikan maklumat, sebilangan besar ahli PTT mendengarnya dan memberi respon /bantuan.
Ketika saya menaip artikel ini, baru sebentar tadi penduduk taman Ixora (Nilai ke sepang) jam 4 pagi. melaporkan ada terdengar bunyi batu dan pasir di lempar ke bumbung rumah sebelah, dan bunyi orang berlari. Kebetulan saya bangun dan terus memberi respon.2 detik kemudian, anggota polis merespon, sebuah kereta peronda di minta ke sana. Sementara ahli PTT yang berada di lokasi itu diminta membuat siasatan. Dan awal pagi semalam juga, sebuah kenderaan dilarikan oleh penyamun di Sungai Buah. Ahli PTT diminta memerhatikan jika ternampak kenderaan yang hilang ini.(Diterangkan jenis kenderaan, warna, nombor plat).Jika ada rezki, kenderaan itu boleh dijumpai semula dan penjenayah boleh ditangkap.
Kos menggunakan PTT ialah RM15.00 sebulan, anda boleh create satu line untuk taman anda (free) atau join mana-mana line yang sudah ada.Contoh, Bdr Seri Putra dan Bukit Mahkota sudah ada 1 channel, namanya Pantau PutraMahkota.Namun ahlinya baru 5 orang, termasuk saya.Channel ini di usahakan oleh mantan YDP Persatuan Penduduk Bdr Seri Putra. (En.Azizailan)
Saya ingin mengajak anda untuk menubuhkan satu line (channel) yang lebih besar antara Nilai, Bukit Mahkota,Bdr Seri Putra, Bangi Lama dan Sungai Buah (dan mana-mana taman). Informasi kejadian kes jenayah boleh kita dapat dengan cepat, akurat dan realistik.
Jika ada sebarang pertanyaan, apa faedah dan implikasi boleh menghubungi saya di FB afraima@yahoo.com.

Comments

Cikgu Musi said…
dah pernah dengar pasal hp yang ada ptt ni...cuma caj 15 tu otk sorang ker atau satu channel
Noorhisham said…
Caj RM15.00 adalah untuk seorang tuan, tak kisah berapa channel, boleh create byk chanel (free)...guna 12 jam atau 24 jam sama je..tetap RM15.00 sebulan tak lebih seposen pun... (setakat saya guna).

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre