Sai Baba : Pergi Jua Akhirnya
Sai Baba, namanya mungkin tak ramai yang kenal, namun, jika anda sempat meleret dalam kereta kaum cina, ada sebahagian antara mereka memaparkan stiker satu gambar seorang manusia berbaju merah, dialah "Sai Baba".
Khamis lepas, beliau meninggal dunia dengan meninggalkan jutaan pengikutnya diseluruh dunia. Adalah dikatakan, bahawa beliau mampu menghidupkan orang yang sudah mati. (Kosmo 1 April 2011)
Antara lain boleh menyembuhkan orang sakit, dapat membaca fikiran orang-orang yang ada disekelilingnya. Boleh membantu ahli politik. Bahkan punya firasat tinggi katanya.
Para pengikutnya menganggap beliau sebagai "Jelmaan Tuhan". Ketika pengikut setianya meninggal, beliau dikatakan telah menghidupkannya kembali, namun..... ketika beliau meninggal dunia, tiada siapa yang boleh menghidupkannya semula. Hancurlah teori yang menyatakan bahawa beliau adalah "Jelmaan Tuhan". Sebab, mana mungkin Tuhan akan mati.
Sudah pasti Tuhan akan kekal, dan akan menjaga "Jelmaannya" supaya terus lestari. Namun itulah hakikatnya. Menarik untuk membaca maklumat lanjut Sai Baba di sini.
Agama Buddha
Begitu juga dengan Buddha. Beliau adalah seorang yang baik, lari ke hutan untuk bertapa, meninggalkan kemewahan dunia, ketika dihutan, beliau menumpukkan tanah untuk dijadikan pengganti bantal, lalu tidur di atas tanah, itulah zuhudnya Buddha. Beiau bukan tuhan, beliau hanya manusia yang mencari erti kebaikan dalam hidup ini.
Namun..setelah beliau pergi, meninggalkan dunia ini untuk selamanya, para pengikutnya mula memujanya, lalu ada yang menyembahnya, hingga terbentuklah sebuah agama bernama Buddha.
Demikian yang guru saya pernah sampaikan beberapa kali dalam kuliahnya di masjid Pulau Melaka puluhan tahun yang lalu.
Comments