Selamat bertugas di tempat baru
Salam perpisahan dari warga SK Bangi, buat Puan Hajjah Rabitah binti Jalaluddin, atas perpisahan ini. Beliau yang akan meneruskan perjuangan hidupnya di SK Dato' Abu Bakar Baginda pada 01 Jun 2011.
Begitu cepat masa berlalu, dan baru hanya setahun rasanya bersama, panggilan sudah datang. Apa boleh buat.
Saya tahu, banyak impian dan imaginasi Puan Rabitah yang belum menjadi kenyataan. Hanya terlukis dalam minda dan belum sempat di paparkan dalam sebuah lukisan hidup, untuk menunjukan pada anak watan, anak bangsa, bahawa "saya dulunya pun dari sekolah ini... lihatlah sekarang sudah boleh berjaya dalam hidup" walaupun meniti titian hidup yang serba mehnahnya. Akhirnya saya boleh dilihat, akhirnya saya boleh dijadikan antara ribuan contoh, bahawa anak kampung, bukan tak boleh berjaya.
Hanya yang perlu ada adalah KEMAHUAN yang kuat, yang datangnya dari dalam sanubari sendiri, yang ingin melihat diri berada di tangga kejayaan. Kerana itu, bila adanya keinginan tersebut, datangnya tangga untuk naik.
Saya, dengan ini turut berpesan pada Puan Rabitah, agar dapat membina Imaginasi baru ditempat baru, semoga semangat Cikgu membuak-buak, seperti datang ke SK Bangi dahulu. Berjalanlah di atas syariat ISLAM, SYARIAT Islam mesti di junjung, bermesyuaratlah dalam apa-apa urusan, ini pesanan Nabi Agung kita.."bermesyuaratlah kamu, nescaya kamu tidak akan menyesal".
Hidup penuh puja dan puji, juga tak hilang dengki dan amarah, lalui ia, hadapi ia dengan bergantung dengan TALI ALLAH. Doa jangan di lekang setiap kali masuk pejabat, semoga dihindari hal yang tidak di ingini. TUJUAN besar kita adalah mendidik jiwa-jiwa manusia yang kini kian haus dan gersang, dari siraman dari WAHYU ILAHI.
Perbanyakkan, dan sokonglah setiap acara, program yang bernuansa ISLAMI, yang mengarah kepada AGAMA, semoga menjadi amalan sepanjang zaman hidup didunia hingga membawa ke liang lahad. Kerana baginda pernah bersabda, 3 amalan yang bisa menolong kamu di dalam kubur, pertama, ilmu yang di sampaikan kemudian di amal, kedua, harta yang ditinggalkan sebagai sedekah jariah dan ketiga, anak yang soleh dan solehah, yang mendokan orang tuanya.
Akhirnya... hidup tak lepas dari salah dan silap, jika ada salah dan silap kami warga SK Bangi, juga bagi pihak anak-anak yang tak mengerti apa-apa ini, kami mohon maaf yang sebesar-besarnya. Semoga kita bertemu lagi di sana nanti.
Comments