Kemalangan Maut di Batu 13 Hulu Langat
Pagi ini saya dalam perjalanan ke SK Dusun Tua Hulu Langat dalam satu misi menyampaikan ceramah Pencegahan Penyalahgunaan Dadah. Saya bersama dengan Suzaidi Sulaiman, Presiden Pendamai Wilayah Persekutuan berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan.
Saya memilih menunggang motosikal, kerana jalan disini memang selalu "jem". Kalau naik motokar pasti lambat sampai. Bila sampai di Batu 13, kelihatan satu jasad terlentang atas jalan. Saya memberhenti motosikal lalu mendekati mangsa.
Kelihatan seperti dalam TV, macam mana orang nak meninggal. Mulut terbuka...tertutup, terbuka lagi, tertutup, saya bisikan "Asyhadu an laaa ilaha Illal Lah".... Namun tiada respon. Kelihatan kesan tayar atas paha mangsa. Ini mangsa tersebut.
Mangsa rupanya bernama Salbi Adetia, berasal dari Batam Indonesia, saya meminta seorang yang ada kat situ mengambil telefonnya.
Saya hubungi ke panggilan terakhir yang tercacat dalam telefon tersebut, minta tolong datang, kawan awak eksiden.


Tak lama kemudian, saya lihat ada panggilan "Miss Call", saya hubungi, awak dari mana? Ampang katanya, cepat sikit, polis tengah tunggu, saya rasa kawan awak ni dah meninggal. "Masya Allah"...
Jam 8.27 saya perlu tinggal tempat ini, murid-murid di SK Dusun Tuan sedang menunggu saya. JUga sahabat saya, Puan Nyai Mariani dan Ustaz Adlan.
Comments