Ustaz Mad Dahan (SKPG-1988)

Assalamu alaikum, lama hajat saya nak ziarah Ustaz Mad Dahan, alhamdulillah, impian ini tercapai jua 4 hari yang lalu.
Namun agak terkejut, ketika mencari-cari rumah beliau, saya tersesat, lalu bertanya pada orang Kampung Derlima, rumah Ustaz Mad dimana mak cik? Ustaz Mad yang eksiden tu ke.. Hah...eksiden? Tak tau la, saya lama tak jumpa. Ustaz Mad Dahan.
Ha .. ya lah... dia baru eksiden, saya cepat-cepat ke rumah nya setelah di alamatkan.
Memang Ustaz Mad dalam keadaan uzur, beliau baru mengalami eksiden, gara-gara di langgar sebuah kereta dari belakang, kepalanya mengalami pendarahan. Bila ditanya, Ustaz kenal ke saya? Siapa? Ambo dah lupo.. Ustaz dah tak berapa ingat sambung isterinya yang masih mengingati saya ke rumah ini puluhan tahun yang lalu sebelum ke Aceh.
Untuk Rekod, Ustaz Mad pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Padang Garong, Kompleks sekolah2 Kota Bharu tahun bermula 1988 sehingga lah beliau pencen. Kini usianya 71 tahun. Kampung Ustaz ialah di Kampung Derlima, Bachok. Selepas Balai Polis Pengkalan Datu.
Bagi sesiapa (bekas anak murid) yang ingin ziarah, elok sangat, boleh join dengan rakan-rakan lain yang ada di Facebook SKPG.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre