Kilometer 183 : Sepatu yang Tertinggal
Ini kisah tertinggal sebelah selipar oleh mak cik ini boleh dijadikan satu bahan untuk renungan sebelum kita dibawa kembali menghadapNya. Di kilometer 183, arah dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, tepatnya di Stesen Minyak Shell bersebelahan RnR Gua Musang, ketika saya memarkir kenderaan untuk menunaikan solat jamak.
Terpandang lah akan selipar yang agak-agaknya tidaklah murah sangat, mahal pun tidak. Mungkin dalam RM50.00 ke RM60.00 gitu. Pastinya selipar perempuan yang tertinggal ini, gara-gara dia hendak naik kereta menuju ke Kuala Lumpur, tau-tau hanya kaki yang naik, malahan seliparnya yang tertinggal dek kecuaian dirinya.
Apakah yang akan mak cik ini berkata-kata pada dirinya sendiri sewaktu dia tiba di Kuala Lumpur (Destinasinya) nanti, lalu ketika ingin turun, tiba-tiba dia dapati sebelah seliparnya tidak ada dalam keretanya.
Mungkin beberapa kalimat 'kesal' keluar dari mulutnya, mungkin juga rasa geram kerana terpaksa membuat dirinya susah untuk berjalan dan sebagainya, untuk membuat 'u turn' mengambil semula selipar itu, nampaknya sudah jauh sangat, padahal ianya masih boleh di ambil, kemungkinan besar selipar itu masih ada di stesen minyak.
Moral
Kalau mak cik ini merasa kesal setelah sampau ke destinasinya,
Comments