Murshidi Mustafa : Dalam Kenangan

SALOR. 24 Januari 2012..Bertahun lamanya saya berkeinginan untuk menziarahi kubur arwah, (Murshidi Mustafa, teman sepengajian di Banda Aceh 1998-2000) baru hari ini hal itu terjadi.

Sebelumnya sempat menziarahi orang tuanya di Kampung Gertak Lembu. Bapanya kini berusia 65 tahun. Mengikut cerita dari adiknya, arwah meninggal pada 28.05.2012 di Hospital Ampang. 2 minggu sebelumnya arwah ada pergi mandi di Air Terjun Bukit Belacan (dimana ya).Kawasan Ampang lah ni.

Pulang dari situ, selama dua minggu mengalami sakit-sakit, akhirnya 28 Mei beliau di bawa ke Hospital. Sedangkan dirumah tidak mampu lagi berjalan, hanya mengensot, arwah terus dibawa ke ICU, jam 12.00 malam terus menghembuskan nafas yang terakhir.Doktor telah meramalkan keadaannya sangat kritikal.

Anak sulong dari 8 orang adik-beradik ini mempunyai cita-cita yang tinggi.Sukar di tebak keinginannya yang luas. Minat bidang perniagaaan, perubatan, pembuatan buku dan sebagainya. Tapi tak sempat menghabiskan pengajian bersama kami di Aceh, beliau menyambung ke Padang dan mennyelesaikan Ijazah Pertamanya dalam bidang syariah di Pekan Baru.

Ketika sama-sama belajar di Aceh, saya bercerita padanya tentang cari wang derma di Kuala Lumpur, menumpang di rumah Pok Hen, arwah setuju ikut saya ke Kuala Lumpur. Lalu pada semester kedua, kami pulang dan berdomisili di Selayang Pandang. Dari rumah setinggan itu, kami mengatur langkah menuju ibu kota Kuala Lumpur. Pok Hen yang menjadi pengatur strategi.

Saya tidak tahu persis, kenapa beliau ingin pindah belajar dari Aceh ke Padang, katanya kerana peperangan, ah..saya tidak peduli sama peperangan, walau bom dan tembakan M16 bergema di sana-sini, apa lagi di malam hari. Saya teruskan juga langkah demi langkah, akhirnya sampai ke kemuncaknya. Sedangkan beliau berada di Padang.

Inilah buku yang sempat disiapkan beliau, yang pernah saudara Saiful Rizam bersembang di KL. Beliau banyak kenalan orang-orang besar yang ntah dari mana kata adiknya, datuk-datuk, orang-orang kaya. Nampaknya hasrat arwah banyak nak melakukan itu dan ini. Maklum beliau anak sulung. Tapi sayangnya, tempoh hidupnya ternyata sekejap cuma.

Kulit Belakang bukunya, memaparkan beliau pernah belajar di IAIN Ar-Raniry Banda Aceh, kemudian ke Padang dan akhirnya ke Pekan Baru. Namun sempat juga belajar di MADEWA dan Pondok (Pesantren) Lam Ateuk, Banda
  
Wajah ibu dan bapa Murshidi, saya ke kubur arwan bersama bapanya dengan membonceng motosikal. Kalau ada sesiapa yang masih terlekat hutang dengan arwah, boleh lah hubungi keluarganya, atau pun menghalalkan sahaja seberapa yang mampu atau kesemuanya, itu lagi bagus, semoga ruh beliau tenang bersemadi di tanah perkuburan Gertak Lembu, Salor.

Kepada yang mengenalinya, mari kita sedekahkan Al-Fatihah.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre