Selamat Hari Lahir

Sebagai menghargai anak murid, kami pihak sekolah memberi sumbangan (penanda buku) untuk mereka satu setiap orang. Ada orang keliru nak sambut hari jadi ke atau hari lahir. Soalnya kita tahu ke hari jadi kita bila? Kalau hari lahir kita tahulah kan, memang pun ada dalam surat beranak bila tarikh itu, siap dengan jam berapa.

Bersyukurlah dengan nikmat usia panjang. Sebaliknya takutlah pada Allah, kerana... begitu bertambah usia anda setahun, makna-nya, dalam masa yang sama, berkuranglah usia anda setahun.

Lagi satu cikgu nak berpesan, kalau nak sambut hari lahir ini, sambutlah dengan cara Islami. Bersyukur, buat jamuan makan pada kawan-kawan sekelas, jangan jadikan majlis anda itu bercampur maksiat. Alangkah indahnya kalau kita pasang lagu-lagu Islami, yang mengingati kita untuk bersyukur dan menjadikan kita bertambah takut pada Nya.

Sepatutnya, setiap kali kita melewati tanggal lahir kita, kita lalui dengan sayu.....

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre