Antara Buku yang patut dimiliki
Salam...dalam mengenderai hidup ini, kita sedar semakin lama semakin singkat usia kita. Jika dihitung, ramai sudah kawan kita yang sudah pergi menghadap Ilahi.
Kita? Ya... bila kita....? Seorang ilmuan pernah berkata begini, namanya Emmanual Kant, "Kita sebenarnya tidak perlu takut kepada mati, kerana mati tidak akan sampai SEBELUM ajal tiba, dan ketika AJAL sudah tiba, kita sememangnya sudah tiada dimuka bumi ini".
Demikian cerita guru saya, Pak Tarmizi semasa kami mengikuti pengajian di rumah nya.
Musim ke Pesta Buku datang lagi, orang ramai berpusu-pusu mengunjungi gerai-gerai tersedia. Tetapi... apakah niat awal kedatangan mereka, apakah sudah tersimpan buku apa yang ingin dicari, atau sekadar berjalan-jalan dahulu, tengok dulu baru beli sekiranya berminat.
Pada saya, buku yang ingin saya beli, semestinya buku yang menambah koleksi ilmu saya, kemudian menjadi pemicu ke arah perubahan hidup saya ke arah lebih baik, lebih rajin dan lebih dekat dengan Tuhan.
Mungkin buku yang saya paparkan disini tiada di Pesta Buku tersebut. Judulnya Pembukaan Kepada Yang Ghaib. Karangan Seorang Ulama SUFI terkenal, Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.terdapat 80 syarahan beliau di dalamnya, ada yang ringkas dan ada pula yang panjang.
Sama-samalah kita perbaiki diri, kita sama-sama akan pulang kepadaNya. Buanglah apa yang ada dalam diri yang membuat kita bertambah dosa. Mungkin filem dan gambar lucah tidak perlu dalam komputer anda. Ada cara lain sih untuk tujuan yang sama. Orang asli pun boleh melahirkan zuriat tanpa menyimpan, menonton gambar sebegitu.
Apakah anda kira, segala kerja anda itu tidak dilihat Allah Taala, sekurangnya Malaikat Pencatat Amal. Jom...kita buat perubahan...
Comments