Khusyuk Dalam Solat

Assalamualaikum, sahabat sekalian, lama saya tak posting artikel baru, asyik upload gambar-gambar je. Adakalanya penulisan saya ingin mengundang respon pembaca, dengan respon itu penulisan saya menjadi lebih laju dan rajin.

Adakalanya penulisan saya sekadar menulis untuk santapan siapa yang ingin mengambilnya sebagai panduan atau mutiara hidup. 

Minggu lepas, dalam huraian surah Al-Mukminun di Surau Desaria, saya menyodor kutipan dari buku Tabligh, antara huraiannya berkenaan khusuk dalam solat.

Katanya Saidina Ali apabila terkena busur panah waktu perang, tak boleh nak cabut busur tu sebab terlalu sakit, kemudian Saidina Ali berwuduk dan solat 2 rakaat. Semasa solat itulah (orang lain) mencabut busur itu. Tanpa rasa sakit (seperti sebelum solat), sebab khusyuknya itu.

Dalam huraian yang lain, ada sahabat yang solat, tahu-tahu ada dinding yang runtuh (roboh), tetapi mereka tidak sedar pun bahawa dinding itu roboh kerana khusyuknya mereka dalam solat.

Kemudian saya membaca Tafsir Al-Misbah yang di jual dalam 15Jilid Berharga lebih RM1200.00, dalam tarsir surah ini, Prof Dr Qurais Shihab menyatakan bahawa Nabi tidaklah larut dalam solat nya, nyatanya Nabi mempercepatkan solatnya apabila mendengar tangisan budak dibelakang.

Lain kali, Nabi memperpanjangkan sujudnya sehingga sahabat menyangka itulah syariat baru, namun setelah itu baharu Nabi menjelaskan, tadi.... cucuku naik atas tengkok ku, kerana itu daku memperpanjangkan sujud kerana menunggu cucu itu turun dari tengkok Nabi.

Seakan ada 2 makna, yang pertama dari kitab Tabligh..seakan (saya faham) sahabat langsung tidak menyedari apa yang berlaku disekeliling mereka, dan kedua dari Tafsir Al-Misbah, menyatakan Nabi sebenarnya sedar apa yang berlaku disekeliling.

Saya merasa agak bersalah, lalu minggu ini Insya Allah hari Rabu akan dijelaskan kembali.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre