Apa lagi daya kita


Allahyarham Tan Sri P.Ramlee melagukan "oh dunia ibaratnya roda...naik turun tiada hentinya" Ada tikanya kita berada di zon selesa, zon bahagia, dan adakalanya kita berada dalam suasana yang sangat tidak enak. 

Ketika itu, ada masanya manusia pun sudah tidak  peduli kita lagi, tiada yang mahu ambil tahu, apa lagi mahu memahami dan membantu.

Lantaran itu, kita hanya punya doa sebagai pertalian tunggal kita dengan tuhan.

Berdoalah, semoga doa kita didengari. Mohon ampun dosa-dosa, mungkin dosa-dosa kita yang membuat hidup kita mencengkam. Kerana dosa kita juga menyekat rezeki dari Tuhan.
Kita datang ke dunia, keluar perut ibu seorang diri, mengembara seorang diri dan akan dikembalikan pada Nya seorang diri. Juga akan dibangkitkan seorang diri. Berdepan tanpa penolong. 



Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre