APA YANG PENTING DIKALA INI

Pepatah mengatakan "Berfikir sesaat itu lebih baik dari ibadah seribu tahun." Orang yang berfikir boleh melahirkan idea-idea untuk mendapatkan sesuatu yang dia inginkan.Idea yang dimaksudkan ialah ke arah kebaikan, ke arah syurga, kebajikan dan kehidupan yang kekal abadi dengan kebahagiaan bersama Tuhan di negeri sana.Lalu dia bertindak mengatur tindakan-tindakan untuk dilaksanakan.

Orang ini lebih baik dari segolongan manusia yang hanya beribadah tanpa berfikir.Beribadah tapi tidak pernah berfikir nasib dirinya, hanya duduk dalam maqamnya, tidak berusaha untuk naik-naik, tidak berfikir dalam memajukan diri dalam ibadah.

Begitulah mahalnya sebuah pemikiran manusia.

Sahabat yang dikasihi, apa yang perlu kita fikirkan sekarang ialah, kedudukan kita atau maqam kita hari ini disisi Tuhan, andai kata maut datang menjemput kita secara tiba-tiba tanpa apa-apa alamat yang kita tersedar dengan alamat itu, bagaimana nasib kita nantinya.

Kedua, semua manusia inginkan bahagia bukan? Termasuk kita yang sok alim ini kan? Kita cukup sedar, kebahagiaan yang abadi dan hakiki itu adanya di negeri akhirat.Negeri terakhir buat kita selaku makhluk bernama manusia. Ringkas cerita, syurgalah nama tempat itu.Malang sungguh kalau alamat terakhir kita ialah neraka bersama siksaannya.

KIta perlu berfikir, dan mencari jawapan dan jalan. Untuk siapa syurga itu, layakkah aku mendiaminya dan bagaimana amalan daku hari ini,cukupkah untuk memasuki golongan itu?

Sebahagian jawapannya ada dalam Qur'an, syurga itu untuk orang-orang yang takutkan Tuhannya.Takutkah kita pada Allah? Sejauh mana ketakutan itu?

Dalam surah Al-Anfal menjawab perihal ketakutan ini, hanya orang yang mencapai taraf mukmin (baru) mendapat rasa takut akan Tuhannya, terselit ciri-ciri orang mukmin itu antara lain, apabila disebutkan nama Allah, maka bergementarlah hatinya. Subhanallah..Sejauh mana kita bergementar bila disebut, dibaca dan diterangkan tentang kebesaran Allah. Hal ini boleh menjadi termometer kepada hati kita, kita boleh ukur sejauh mana ketakutan kita padaNya.Kalau lah kita belum merasai getaran takutnya pada Allah, cepat-cepatlah mencari penawar, mencari jalan untuk mencapai maqam ini.

Antara lain firmanNya, Sesungguhnya yang takut pada Ku dari golongan hambaKu adalah orang-orang yang alim. (yang mengenali Tuhannya dengan ilmunya).Sejauh mana pula kealiman kita dalam hal ini.

Justeru, berangkat dari jawapan diatas, bahawa syurga itu milik orang-orang yang takutkan Tuhannya, kita perlu berbuat sesuatu, jika kita belum lah tergolong dalam golongan manusia yang takutkan Allah. Apalagi yang banyak berbuat dosa sehari-hari.Mulut kita...masya Allah...disana kita bilang lain, disini kita bilang lain. Secara tak sedar kita mengapikan orang lain.

Tubuh Kita pula mengaplakan suruhan Allah seperti SOLAT 5 waktu.Sungguh naif orang-orang yang hebat dimata manusia, kaya, berharta lagi berpangkat,tetapi GAGAL mendisiplinkan dirinya dengan SOLAT.

Kita kaya harta, tapi miskin amal.Kita kaya dan masyhur gelaran, tetapi faqir amal disisi Tuhan.

Merasa diri akan hidup lebih lama.Lupa....lupa dan terlupa....ramai rakan-rakan kita yang sudah pergi lebih dahulu dari kita, belum pun sempat berkahwin, belum pun sempat mengubah perangai, belum pun sempat meningkat ibadah...Masya Allah. Kalau ya pun ada ibadah...hanya gitu-gitu...cukup makan kata orang...betul ke ibadahmu itu cukup makan?Siapa berani bagi sijil mengatakan ibadah mu sudah layak diterima untuk mendapat RedhaNya?

Perhatikan firmanNya, "Fa amma man khoffat mawaziinuhu... Barangsiapa yang sedikit amalnya, maka ke mana tempat kembalinya? Amal ada, bukan tak ada, tapi hanya melepaskan yang wajib semata.

Beramal BUKAN kerana ingin mendekatkan diri padaNya, tetapi kerana melepaskan kewajipan. Kalau lah Solat Zohor itu tidak diwajibkan, ada pula pilihan bebas, siapa nak buat, buatlah...siapa rasa sibuk,penat...terserahlah...agak-agaknya mana ramai yang pilih.

Sabda Nabi kita, "Yang pertama-tama akan ditanya diyaumil mahsyar nanti ialah solatmu"

Yang paling penting dalam hidup ini sementara menunggu mati ialah ibadah SOLAt, kerana solatlah tunjang kepada segala amal ibadah.

Saya sangat bersyukur, kerana mempunyai amalan yang dapat menjaga saya dari terlepas solat."Faiza Qodhoitumus solaah...fazkurullah..." Apakala kamu selesai solat,maka berzikirlah menyebut nama Allah.

Terserah anda, bagaimana anda menafsir ayat itu, saya masih merasakan diri amat jahil, tak mampu untuk memberi tafsiran sendiri,namun saya mengikut apa kata guru saya yang saya sedar siapa beliau dibanding saya, siapa beliau disisi Tuhan. Amalan Dzikir yang saya terima dan amalkan sudah cukup memberi penafsiran ayat tersebut.

Kenyataan yang ditemui, semua pengamal dzikir, baik lelaki mahupun perempuan, baik anak-anak (budak-budak) mahupun orang dewasam baik yang sibuk maupun yang berkelapangan,semuanya dapat menjaga solat mereka.Subhanallah.

Jom Hayati Hadis Berikut :


Bersumber dari Abu Hurairah, dia berkata : “Satu hari Rasullallah saw. Sedang berjalan di sebuah jalanan Makkah. Beliau melewati sebuah gunung bernama Jumdan, beliau bersabda: “Berjalanlah. Itu adalah Jumdan, telah berlalu al-Mufarridun, Para sahabat bertanya : siapa itu al-Mufarridun ya Rasulallãh? beliau menjawab : “Orang-orang yang banyak ingat kepada Allah, laki-laki dan perempuan “.

ياأيها الذين ءامنوا اذكروا الله ذكرا كثيرا لعلكم تفلحون   {41} الاحزاب

“Wahai orang-orang yang beriman,berzikirlah kamu kepada Allah dengan dzikir yang sebanyak-banyaknya, moga-moga engkau berjaya”.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre