Apalah Nasib Kawanku


Ganja yang dirampas ketika operasi malam tersebut.
KAJANG. 25 Feb 2009. Pihak AADK dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengadakan operasi bersama di Tol Cheras Kajang. Sehingga jam 3.00 pagi, seramai 23 orang didapati positif dadah. Saya turut bersama menyertai operasi ini. Ada motor yang membuat pusingan dan terjatuh kerana terlanggar motor dari arah bertentangan. Kedua penunggang motor tersebut dipercayai berbangsa India melarikan diri ke dalam sungai berhampiran. Kedua helmetnya jatuh ke dalam sungai, manakala sebuah beg galas di campakkan ke dalam sungai.

UPDATE

Saya baru menghubungi kawan lama di sekolah dahulu, dari seorang ke seorang dapat kembali menjejaki rakan-rakan yang lama hilang dan terputus. Ada satu berita yang agak tak sedap, apabila dapat tahu seorang sahabat kini sedang hanyut dengan pil kuda, hingga telah tertangkap. Ibu pula yang kasihan melihat anaknya pergi menjamin.

Padahal sudah punya anak dan isteri.Apalah nak jadi. Beberapa orang budak sekampung dengan saya pun telah mati diam-diam.Artinya....lama saya tak nampak-nampak si anu, bila tanya orang ke mana perginya si dia, jawapan adalah...sudah meninggal...apa pasal? Apa lagi....(pil) kuda lah.

Inilah cara awal menempah maut.Mati dalam keadaan baik ke gitu?  

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre