Bauan Kasturi Menyambut Kami

Apabila orang Melayu berbicara tentang perihal kesufian, mereka tak boleh tinggal satu nama dalam dunia tasauf ini. Beliau ialah Syeikh Muhammad Nor Al-Khalidi, yang kini jasadnya bersemadi di Kampung Sungai Cincin Gombak. Tuan-tuan boleh baca kisah lanjut tentang beliau di dalam buku 7 Wali Melayu. Saya belum pernah memiliki buku ini, tetapi pernah membacanya. Seorang guru saya di Indonesia, mengakui yang beliau ini (Sheikh Muhammad Nor) adalah salah seorang wali dari Bangsa Melayu. Untuk rekod, ramainya wali-wali dalam dunia ini berada di Negera India, namun tidak ramai di negara Arab (Sebagaimana ramainya di India).

Wali bermaksud "jaga". Wali kahwin ialah penjaga kepada wanita yang akan berkahwin.

Seorang wali, ialah seorang yang dijaga oleh Allah Taala akan dirinya, akhlaknya, tingkah-lakunya, maka dia terpelihara dari dosa-dosa kecil dan besar.

Dengan itu, seorang yang terpelihara dari dosa, bererti dia berpeluang besar terpelihara dari siksaan kubur dan azab di akhirat kelak.Bukan begitu?

Kalau seseorang manusia mendapat gelaran Datuk atau Tan Sri, mereka mendapatkan gelaran itu dari Raja atau Sultan. Namun bagaimana pula seseorang mendapat pangkat wali? Ada satu istilah dalam dunia tasaud, "La ya'riful wali illal wali" Tidak mengenal akan mereka dia sebagai wali, melainkan (yang dapat mengesan mereka itu wali ialah) wali jua.

Selain nama ini, ada sebaris lagi nama-nama agung lain, As-Sayyid Habib Nuh, Tokku Paloh, Tuan Tulis, Asy-Syeikh Muhammad Said al-Linggi,  Tuk Kenali dan Tuan Hussain Kedah al-Banjari. 

Orang pernah berkata kepada saya, ketika mereka menziarahi kuburan/makam ini, mereka mencium bau wangi. Saya hadir ke sini setelah mengetahui ada makam seperti ini disini pada satu ketika dahulu. Namun,hal-hal yang bersifat aneh, keramat itu tidak pula saya peroleh. Namun saya yakin, beliau merupakan salah seorang wali Melayu yang pernah wujud di dunia ini.

Al-hamdulillah, kesempatan hari ini, saya dan keluarga mengunjungi lagi tempat ini buat kali kedua, dan alhamdulillah... setelah mendapatkan kunci untuk masuk ke dalam, setibanya di dalam, tiba-tiba ada haruman laksana kasturi menyambut kedatangan kami. Namun sayangnya, tak lama, hanya beberapa detik... kemudian hilang. Ah....tak mengapa...yang penting saya sudah ziarah, dan benarlah kata orang, ada ketikanya semasa kita berdiri di hadapan seorang wali, kita akan mendapat bauan yang harum. Terserah masing-masing rezeki seseorang.

Pernah juga mendengar satu ungkapan "Berdiri sesaat dimakam wali Allah itu bersamaan dengan 80 tahun ibadah" Namun saya masih belum menemui hadis ini. Mungkin anda boleh benarkan atau tidak wujudnya hadis ini.

Kami hadiahkan Fatihah dan Tahlil untuk arwah, semoga kita dapat mengikuti jejak langkah yang baik yang telah beliau tinggalkan.




Berdiri di hadapan pintu masuk makam 

Add caption
Salah satu kubur yang beliau bina...tujuannya ...untuk memberi denda kepada muridnya yang degil supaya masuk ke dalamnya..Teknik ini ada baiknya kita laksanakan guna memperbaiki akhlak remaja hari ini yang kian punah.



Kebetulan saat saya bertamu, ada juga seorang remaja sedang berziarah.. Katanya dari Setapak.Kelihatan tangan kanannya patah mungkin bekas kemalangan.

Semoga sejahtera yang pergi, manakala yang masih ada...tetap istiqomah dalam perjalanan agama mencari redhoNya




Terima Kasih kerana membaca, tujuan penulisan ini adalah untuk membongkar kepada saudara seislam, inilah salah satu lokasi wisata, atau tempat pelancongan kita yang sepatutnya kita bawa anak-anak untuk berziarah.

Lagi pun, disinilah..... stesen terakhir kita dibumi sebelum ruh kita dibawa terbang melintasi atmosfera dunia menuju alam barzakh. Bersiap-siaplah.

Semasa lawatan kami geng spada ke Pusat Serenti Papar Sabah, saya tertarik melihat 4 buah kubur seperti gambar dibawah.
Saya bertanya, apakah ini kubur yang betul.Pengarahnya menjawab ini hanyalah rekaan bagi mengingatkan kepada pelatih disini.

Memandangkan tanahnya masih luas, saya mencadangkan agar dibuat kubur seperti di Sungai Cincin untuk mengingatkan pelatih akan kematian.Bagus juga cadangan ini katanya.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre