Dia Nangis Cikgu


Assalamualaikum sohabat sekalian, terima kasih kerana sudi menjadi tamu blog norish77.

Saya diberitahu seorang kawan, "Cikgu Sham, husband saya suka baca blog Cikgu Sham". Terima Kasih lah, yang saya jadi rajin ni pasal ada orang nak baca. Ada juga yang tulis tu sesaja, nak tampal bahan untuk renungan diri sendiri.

Ada juga yang katanya baru tahu dan baru pertama kali masuk blog ini. Entah sampai bila blog ini bisa bertahan.Kerana dia percuma. Saya khuatir ia akan menjadi macam laman web http://picfu.net, dulu saya banyak upload gambar ke situ dan paste kat blog ini. Sekarang laman web itu dah expire.So...mana-mana gambar yang tuan-tuan tengok tinggal rangka sahaja, macam frame saja yang ada, sedangkan gambarnya tak ada, itulah gambar yang saya ciluk dari pifcu.net.Hehe..ciluk..

Mungkin kisah yang saya nak paparkan ini tak menarik pada orang tua.Tapi sekadar menulis sembari jari-jari masih boleh menulis, dan minda pun dalam keadaan bersedia. 

Semasa kelas ganti Tasmik tadi, saya masuk kelas 3Jupiter.Minta murid buka surah Isra atau Surah Bani Israil.Baca ramai-ramai ayat 1 sahaja.Sambil betulkan bacaan dan juga makhraj serta panjang pendek bunyinya.

Kemudian huraian 15 minit pengertian surah ini. Budak-budak ni bersih jiwanya. Bila kita hurai bab akhirat, bab bagaimana tangisan yang perlu kita tangis, pabila mengenangkan dahsyatnya siksaan neraka itu. Warna neraka itu hitam pekat, gelap.tak ada cahaya. Siksaan nya masya Allah tak tertanggung.Ada sejenis neraka yang tiap hari penghuni neraka berdoa sampai 400 kali sehari minta dijauhkan dari digeser ke neraka itu.

Didalamnya tak ada makanan, kecuali buah zaqqum, lantaran terlalu lapar, penghuni neraka pun memakannya, apabila dimakan terus perutnya pecah berhamburan.Itulah makanan didalam neraka. Kemudian di dalamnya tak ada air.Air paip pun tak ada, kalau ada air syabas pun OK jugak kan. Apalagi air strawberri. Air yang ada, bila kita nak minum,letak saja dimuka kita, terus wajah kita meleleh cair disebabkan panasnya air itu.

Ha...murid-murid inilah yang perlu kita takut dan tangiskan.Ini tidak...menangis konon kerana tak dapat tengok cerita Doraemon.Menangis kerana sakit perut atau sebab mak suruh sembahyang.Alahai...ada jugak yang macam tu.

So, ada 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Naungan Arasy Tuhan di padang Mahsyar kelak, antaranya ialah orang yang mengingati Allah, (berzikir) mengingati siksaannya, secara sunyi-2 seorang diri, lalu (hingga) mengalir air matanya.

Inilah intinya Nabi dibawa naik Buraq pada malam Israk dan Mikraj, untuk diperlihatkan syurga dan neraka.

Dalam saat asyik saya menghuraikan ayat ini, seorang murid bersuara, Cikgu...dia nangis cikgu... Jawab pula yang menangis sambil mengesat air mata perlahan-lahan...Saya takut lah Cikgu...

Kringggg....Kriingggggg......Loceng balik dah bunyi...Kita sambung lain kali ek.... Semua bangunnnnnn!!!..  Sesampai diluar pintu, murid tadi hampiri saya, cikgu....lain kali cerita lagi ya. Ya...

Semasa melangkah ke pintu utama, saya sempat mencelah, Eh...sapa-sapa nak duduk bawah Arasy Tuhan nanti dipadang Mahsyar, balik jap gi solat tau. Kata saya sambil berjalan.Kalau tak nak duduk bawah tu pun, tak apa... Tak payah Solat.Mudah je kan.

Sabda Nabi : "Setiap manusia telah ditentukan samada dia (setelah meninggal nanti) ke syurga atau ke neraka" Sahabat menjawab (semacam protes lah) , kalau begitu, penatlah Ya Rasulullah jika dia beramal, namun nantinya ke neraka jugak akhirnya. Jawab Rasul...Seseorang itu akan dipermudahkan ke mana dia ditakdirkan (sama ada ke syurga atau neraka).

Sabda Nabi SAW, "Barangsiapa yang dikehendaki Allah padanya mendapat kebaikan, (Allah Taala ) akan menjadikan dia yufaqqih fiddin, memahami agama". So...kita perlu rasa risau, jika ilmu kita bab agama sikit sangat-sangat, macam mana kita nak beramal dengan sempurna jika ilmu pun kurang. Tak rasa khuatir ke,takut2 amalan yang sedang kita amal tu pun, takut tak sah. Ye dak? 

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre