Dimana kecantikan yang abadi
ISRAK dan MIKRAK Dalam Salah satu Perspektif. Dalam ayat pertama surah Al-Isra' atau dikenali juga Surah Bani Israil, mengisahkan perjalanan Rasulullah di Israk (diperjalan)kan pada satu malam dari satu tempat ke satu tempat yang jauh. Tidak mungkin hal itu berlaku pada zaman itu dengan sistem teknologi kenderaan seperti hari ini belum muncul. Memang ada teknologi lebih canggih iaitu BURAK, yang menjadi kenderaan Rasulullah.Namun siapa yang pernah melihat kenderaan itu? Peristiwa ini benar-benar menguji keimanan siapa pun.
Lantaran itu, awal ayat ini dimulakan dengan Subhana, kalimat Subhaana asal maknanya jauh. Maha Jauh Tuhan dari segala sifat yang tidak mungkin ada padaNya.Hal yang tidak mungkin pada ilmu kita, namun boleh terjadi. Maha Suci Allah (Maha Jauh Allah) dari sifat-sifat seperti kita selaku manusia.

Ceramah Ustaz Baqi
Satu hari di Masjid Kota Gelanggi 02 Jerantut,sekitar tahun 1994-95, saya mendengar syarahan tentang ISRAK dan MIKRAK yang disyarahkan oleh Al-Ustaz Baqi (seorang ulama mempunyai pondok sendiri di Temerloh). Ustaz Baqi adalah bapa kepada sahabat baik saya, MOhd Hafiz dan adiknya Najwa.

Selama 3 jam beliau menghuraikan maksud ayat 1 dari surah al-Israk. Sedikit sebanyak yang masih saya ingat akan akan tulis di ruangan ini. Hujung ayat tersebut, Allah Taala menyebut Innahu Huwas Samiun Bashir, Sesungguhnya DIA yakni Allah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat. Para Ulama menafsir, kenapa ayat itu dirangkaikan 2 sifat tadi, sami' dan Bashir, kenapa tidak sifat-sifat yang lain dirangkaikan bersama. Apa maksudnya?
Pada malam ini, Nabi menerima perintah SHOLAT, Sholat atau sembahyang (bahasa sanskreta) sebagai hadiah kepada HAMBAnya, laksana sang ayah berikan HandPhone kepada anaknya untuk berhubung bila anak memerlukan sesuatu. SHOLAT sebagai satu mekanisme atau satu cara untuk berhubung, berdialog dengan ALLAH Taala. Ianya menjadi satu ibadah yang telah terikat dengan waktu. auqoota.

Dalam Sholat kita membaca surah WAJIB iaitu Surah Al-Fatihah.Setiap kali kita membaca ayat demi ayat, Allah Taala menjawab ya.(Aku Dengar).Setelah engkau membaca bacaan-bacaan itu didalam sholat, AKU (Allah) mahu melihat pelaksanaan dalam kehidupanmu sehari-hari apa yang engkau bacakan sebentar tadi.
Ketika hamba membaca :
Alhamdulillahi rabbil 'alamin..
Allah Taala menjawab Ya. ...
Arrahmanirrahiem... Ya. ..
Maaliku Yaumiddien... Ya. ..
Iyyaka Na'budu wa iyyaka nasta'in. Ya. .
Ihdinassiratalmustaqiem..Ya..hingga akhir.
Secara falsafahnya, tuhan berkata Aku sudah dengar wahai hambaKu apa yang kau bacakan tadi, tetapi AKU ingin melihat apa yang bacakan tadi didalam kehidupanmu.Nah..itulah makna yang tersirat disebalik, Sami' wal Bashir.
Jika dalam solat, kamu berpakaian menutup aurat, maka terjemahkan didalam kehidupanmu, tutuplah aurat sepanjang masa.Sempurnakan cara berpakaian kita. Jauhi lah berpakaian seperti orang bukan muslim.
Jika dalam solat kamu berkata benar, termasuk ikrar anda diawal solat,inna solaati wanunusuki, wamahyaaya..wa mamaati lillahirabbil alamin' maka terjemahkan kalimat-perkalimat itu didalam hidupmu.
Begitu juga, iyyaka na'budu,hanya padaMU kami berabdi. Disini menyangkut urusan management kekeluargaan. Sayangnya, kalau kita bagus beramal dan bertatasusila, tetapi anak kita terpesong dari ajaran ISLAM yang benar ini.
Allah Taala telah berikan kepada manusia 2 jalan, samada baik atau buruk.FirmanNYa Faalhamaha fujuraha wa taqwaha, dan Aku telah ILhamkan kepada manusia (untuk melakukan) buruk dan baiknya. Hujung hidup yang bermula kebaikan, melalui pahala akan menemui syurga. Manakala keburukan yang kita lakukan, pasti menerima dosa dan hujungnya adalah neraka.
Dalam intisari ayat ini juga, kita temui...Nabi diperjalankan untuk diperlihatkan syurga dan neraka. Diperlihat syurga dan neraka, maknanya juga diperlihatkan bentuk balasan, kebahagiaan bagi orang beramal dan bentuk siksaan bagi yang derhaka.Gunanya, supaya kita lebih rajin beribadah dan lebih takut kepada Tuhan.
Untuk menjadi hamba yang lebih gemar beribadah, kita hendaklah sentiasa update ilmu pengetahuan kita berkaitan alam akhirat. Bagaimana syurga itu sih, dan bagaimana pula neraka itu? Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan...innalil muttaqiina mafazan hada iqo wa a'naaba..
Kehidupan ini fana,hanya sementara juga.Yang kekal abadi adalah Dzat Tuhan. Kita akan hidup abadi, meninggal perkampungan sementara didunia ini.Lalu dimana kecantikan yang abadi?

Comments