Kata Aluan Ket Editor Majalah SKB (Tak Siap2 Lagi)
Cikgu Faizal sebelum ganti baju
Sesudah ganti baju...hehe
Sekian lama Majalah Sekolah duduk dalam sebuah impian. Impian menjadikannya sebuah realiti di alam fana telah sekian lama bersemi didalam impian segenap guru. Namun waktu itu belum masanya ia menjadi kenyataan. Hadirnya beberapa orang guru baru, dengan semangat baru dengan pengalaman yang tidak kurang hebatnya, menjadikan langkah mewujudkan Majalah Sekolah semakin ke depan.
Walaupun kita masih bertarung untuk mencari sebuah nama yang gah, nama yang mesti dilihat mempunyai ciri-ciri sebuah sekolah yang unik, yang telah melahirkan ramai bakat-bakat dan manusia yang berjaya dalam segenap segi kehidupan.
Apa yang mampu saya ungkapkan adalah, perkataan syukur, syukur kerana proses menerbitkan majalah ini kian menampakkan hasilnya. Saf Team Redaksi yang gigih dan bersemangat tanpa mengira penat lelah dari awal lagi, cukup membuat perjalanan menerbitkan majalah ini semakin laju.
Harapan kita semua, agar ianya terus di rintis oleh waris selepasnya. Siapa yang menerima kayu baton sebagai guru di SKB selepas ini, teruskan menerbitkan majalah ini. Gabungkan tenaga, buah fikiran dan segalanya, untuk menjadikan SK Bangi sebuah sekolah kebangsaan semua.

Comments