Misteri Penjaga Kubur


Seorang sahabat saya memberikan beberapa keping foto ini yang diambil dengan menggunakan telefon bimbitnya sendiri.

Foto ini diambil disalah salah sebuah tempat lokasi berhampiran perkuburan/rumah lama disana (Sebuah Pulau di Indonesia). Orang-orang yang tinggal berhampiran dengan lokasi itu mengatakan, pada setiap Maghrib menjelma, kelibat seseorang berjubah akan kelihatan disitu.

Ketika foto ini ditunjukkan, nampak kelibat sosok yang dibayangkan. Dia memakai jubah putih berdiri seolah-olah sedang menjaga dan mengawasi kawasan ini.

Pertanyaan ?


Mahukah anda kubur anda dijaga setelah anda meninggal nanti?

Saya tak pasti apa jawapan anda. Cuba lihat gambar dibawah ini lagi..




Imej yang telah saya jelaskan dengan teknik photoshop.

Yang pasti...di Indonesia, lokasi perkuburan seorang artis terkenal meninggal namanya Nike Ardilla juga mempunyai penjaganya sendiri. Jika anda ke sana, mungkin anda dapat rasakan pada bulu roma anda sesuatu.



Sesungguhnya, yang dititik beratkan dalam ajaran agama kita ialah tentang soal azab kubur. Azab kubur adalah satu hal yang pasti. Jika anda tidak percaya, anda boleh mencuba untuk mati. Pasti anda akan dapat jawapannya.

Hantu atau Jin yang menjaga kubur kita itu tidak perlu sama sekali. Buat apa dijaga kubur itu? Lainlah kalau kuburnya Rasulullah, sebab ada orang nak gali dan tengok jasadnya. 

Mudah-mudahan jasad kita pun tergolong dalam golongan jasad yang tidak hancur ya. Rujuk beberapa sebab kenapa jasad tidak hancur.

FirmanNya dalam Hadis Qudsi :

"Aku MALU menyiksa hambaKu yang berada di dalam perut bumi (sudah meninggal) yang mana anak (cucunya) berzikir menyebut namaKu di atas permukaannya (bumi)"

Zikir...satu hal yang ringan..namun besar manfaatnya, apalagi kalau dapat membantu kita selepas jasad berpisah dengan nyawa nanti. Siapa yang boleh bantu anda nanti? Tiada jaminan kan.

Sebab itu, ada satu doa yang dibacakan orang ;

'Allahumma nas aluka lisaanan ratban bizikrika, wa badanan hayyinan, layyinan bitoo'atika'

Ya Allah, ku mohon lisan yang lemah lembut ringan menyebut namaMu, dan tubuh badan yang ringan mengerjakan ketaatan padaMu.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre