Mutiara Sufi

Menurut Huzaifah Al-Mar'asyi bahawa ikhlas ialah perbuatan seseorang yang sama lahiriah dan batinnya (hati). Abu Qasim Al-Qusyairi pula berkata, "Ikhlas ialah meletakkan satu qasad perbuatan taat hanya kepada Allah."

Apa yang dikehendaki dengan taat itu ialah bertaqarrub kepada Allah dan bukan kerana yang lelainnya seperti berpura-pura di hadapan makhluk untuk mendapatkan pujian.

Bagi Zunnun Al-Mashri pula ada 3 tanda ikhlas;
i) Apabila seseorang itu merasakan sama saja semasa dia dipuji atau dikeji oleh orang;
ii) Seseorang yang sedia melupakan kebaikan yang telah dilakukannya;
iii) Seseorang yang tidak menuntut ganjaran daripada perbuatannya melainkan di akhirat.

Pada Al-Qusyairi, martabat ikhlas yang paling rendah ialah apabila seseorang itu merasa sama pada waktu terang dan tersembunyi.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre