Seminar LGBT


SERDANG.01 Julai 2012. LGBT.Perbincangan hal menegnai LGBT adalah hal yang "tabu", yang kurang manis sebenarnya jika dibincang dikhalayak ramai. Apalagi ada anak-anak yang belum patut mendengarnya.


LGBT adalah singkatan kepada Lesbian, Gay, Bioseksual, dan Transgender.Istilah ini turut digunakan di Indonesia.

Dr.Hushim yang berjaya menghidupkan seminar hari ini, membuat sidang hadirin tidak angkat punggung. Awalnya niat nak balik awal, ada yang siap duduk dikerusi dekat dengan pintu lagi, nawaitu nak balik dah kalau-kalau ceramah hari ini hambar. Nyatanya, isu yang dikemukakan membuat pintu yang tertutup selama ini terbuka. Sistem maklumat baru, yang walaupun agak malu untuk didengar, tetapi perlu didengar dan perlu dikongsi.

Sampai ada yang menggeleng-geleng kepala apabila dunia LGBT dibuka. Terkejut, alamak.... dan macam-macam respon yang keluar. Ketika penulis keluar ke tandas, beberapa orang sedang ngobrol sesama mereka, salah seorang berkata, aku tak berani hantar anak ke asrama, bila dengar ceramah tadi. Saya mencelah...memang betul tu...bahaya.

Lantaran guru, AJK PIBG, kaunselor dan ibubapa adalah orang yang terlibat secara langsung dengan pengurusan manusia, makanya mereka diberi pendedahan sebegini.

Dr.Hushim juga berjaya membawa 2 orang klien nya tampil ke pentas bagi mendedahkan pengalaman aib mereka selama ini, dengan niat untuk membantu orang lain. Di akhir slot, 2 orang klien tadi muncul. Jam 12.10 sidang pertanyaan dibuka.

Punca-punca Anak Jadi Gay

Dari sesi dialog tadi, pengakuan dibuat adalah seperti berikut :

1. Bapa terlalu Garang
2. Tidak ada Komunikasi dengan Anak
3. Kurangnya kasih sayang dalam keluarga (Bapa tidak pernah memeluk anak)

Tips Mengatasi


1. Didik anak dengan agama, ikut fitrah kelahirannya.Jika lelaki didiklah sebagia lelaki, sebaliknya demikian.
2. Asingkan tempat tidur antara mereka jika sudah berusia 7 tahun.
3. Perhatikan kawan-kawan yang dibawa pulang ke rumah.(Jangan sampai terjadi hal itu).
4. Jika anak anda mulai menunjuk sifat lembut, awasilah...itulah simpton awal.


Soalan Saya :

1. Apakah Turning Point yang anda dapatkan, sebelum anda terbersik niat untuk memulakan langkah perubahan? Mungkin ada sesuatu yang anda rasakan amat istimewa untuk diri anda. Jika setakat atas kesedaran saya adalah seorang muslim, rasanya tidak memadai, mungkin ada hal yang lebih dari itu? Boleh anda ceritakan?

2. Jika penagih dadah yang dipisahkan dari benda tersebut dalam jangka masa yang panjang (setelah melalui proses detok), maka tubuh badan atau fizikalnya sudah mampu hidup, tanpa ketergantungan dengan dadah, namun masih mempunyai ketergantungan dari aspek psikologi, dengan kata lain dependen of psichology, maka, apakah Gay dan Transgender juga mempunyai dependen seperti itu juga?

3. Adakah Gay juga terlibat dengan DADAH sebagaimana Pelacur, pekerja rumah urut dan juga pondan, atau dalam bahasa Indonesia Waria,Wanita Pria. Memandangkan penjelasan anda tadi, ramai kawan anda yang sudah meninggal akibat HIV?


Terima Kasih atas kesempatan untuk saya bertanya tadi, tahniah kepada Saudara Erin dan juga En.Zul yang berani tampil membuat pendedahan.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre