Mercun dah bunyi
Anjuran Berjamaah
Dengan solat berterawikh, kita melakukannya secara berjamaah.Bukan salah jika terawikh sendirian, tetapi janggal.Nabi sendiri melakukannya berjamaah.Namanya pun sunat.Jika anda boleh berjamaah dengan keluarga di rumah untuk solat, pun itu dikira bagus, dari langsung anda tidak melakukannya.Selain dari berjamaah didalam solat, kita juga dianjur berjamaah dalam kehidupan. Kambing yang hidup sendirian lebih mudah diterkam serigala kata Nabi, dari kambing yang hidup dalam kumpulan kambing-kambingnya. Kambingpun berjamaah jugak kan. Jika kita solat sendirian, lebih mudah diganggu syaitan, namun jika kita solat berjamaah, tahap khusyuknya kekadang bertambah.
Namun ada juga orang yang semakin serabut jika solat berjamaah, sebab apa ya? Sebab dia nak cepat mengejar time punch card.Atau ada urusan lain, temu janji dengan kawan.Pada dia sangat sebel "rasa geram" jika imam memperpanjangkan bacaan dalam solat. So, carilah jamaah mana yang inigin kamu bersama dengan mereka. Sabda Nabi, "Umat terdahulu berpecah kepada 72 puak, manakala umat aku berpecah kepada 73 puak, yang selamat adalah yang mengikuti sunnahku" Pastikan anda mengekori sunnah Nabi dan mengerjakan apa yang dianjurkan Rasul.
Kita tahu, ada segolongan manusia dalam masyarakat kita, yang memang tak suka pada yang sunnah. Tahlil orang meninggal dia tidak mahu, zikir dia tolak, bahkan apa saja yang bukan wajib dia tidak kerjakan.Baginya cukup lah yang wajib sahaja. Bukankah Allah Taala berfirman dalam Hadis Qudsi, "Tidaklah menjadi dekat hambaKu kepada ku dengan mengerjakan amal-amal yang Aku fardukan ke atasnya, melainkan dia mengerjakan amal-amal sunat"hingga akhir Hadis. Bukankah Tuhan sendiri menganjurkan kita mengerjakan yang sunat?
Yang kedua, apabila tibanya bulan Ramadhan, bacaan selawat kita pada Nabi semakin bertambah. Baik dalam solat atau antara solat-solat Sunat Terawikh.Apa maknanya ini? Anjuran berselawat jelas adalah perintah dari Allah Taala. Nampak jelas, betapa hampir dan dekatnya kedudukan Baginda Nabi dengan Allah Taala, dan menjadi kesayangan DIA.Sehingga semua umat manusia yang beriman diperintahkan supaya memperbanyakkan selawat dan salam ke atasnya.
Di akhirat, kita memerlukan kehadiran beliau untuk membantu kita disaat-saat genting berdepan dengan situasa yang sangat menggoncang jiwa.Sementara di syurga, sangat rugi jikalau kita tidak tergolong orang-orang yang dapat sering bertemu Nabi.
Nuzul Al-Quran
Yang ketiga, ditakdirkan Allah Taala, bulan ini juga turunnya Al-Qur'an.Bulan ini juga kita digalak membacanya lebih banyak dari bulan-bulan lain.Makanya ramai orang berusaha untuk menghabiskan 30 Juz dalam sebulan ini.Ada juga yang tidak begitu, baginya cukup 30 Juz dalam masa 6 bulan atau setahun. Terserah masing-masing rezeki didalam beramal.
Bulan inilah, agaknya masa yang paling sesuai untuk kita menghayati secara lebih detail dan mendalam, isi kandungan Al-Qur'an.Baik di dalam solat, atau pun melalui siri Tazkirah di surau dan masjid.Penghayatan nya hendaklah menyeluruh, bahawa Al-Qur'an merupakan panduan yang terhebat bagi manusia.
Sabda Nabi "Taraktu fiikum amraini, lan tadhillu in tamassaktum bihima abada wa hiya kitaabullah wa sunnati rasuulih" Aku tinggalkan kepada kamu (hai umatku) 2 perkara, tidak akan sesat selamanya jika kamu berpegang kepada keduanya, iaitu Al-Qur'an dan Sunnahnya Rasul.
Hari Raya
Pertamanya:
Setiap hari yang dilakukan oleh orang mukmin itu tak ditulis di atasnya dosa.
Kedua:
Hari yang ia keluar daripada dunia ini dengan membawa iman, dapat mengucapkan syahadah dan terpelihara daripada tipudaya syaitan.
Ketiga:
Hari yang dia berjaya menempuh siratulmustaqim, aman daripada huru-hara kiamat, lepas dari tangan permusuhan dan Zabaniah.
Keempat:
Hari yang dia masuk ke dalam syurga dan aman daripada neraka jahim.
Kelima:
Di hari yang dia dapat melihat Tuhannya. lnilah dia yang dikatakan hariraya. (Abul Laits)
Comments