TAQWA : Berjayakah kita memilikinya

Aduh...Tajuk yang boleh memberi pukulan kepada sesiapa sahaja. Sembari datangnya Ramadhan, objektif puasa atau shaum itu ingin membawa kita semua  (yang berpuasa) dekat kepadaNya dan menjadi insan bertaqwa.Jika sudah bertaqwa, upgrade diri lagi supaya lebih hampir lagi, kerana hiijab yang menutupi hati kita dengan Nya mempunyai 70,000 hijab.

Kita sudah pun berada di pertengahan Ramadhan, dan sudah pun memasuki fasa separuh masa kedua. Nampaknya majoriti umat Islam sedang mengejar yang lain dari mengejar objektif puasa itu sendiri.Baju raya yang dicari, mercun pun sudah berbunyi, lagu raya sudah diputar, nampak sangat mereka macam lebih seronok jika Ramadhan ini berlalu lebih cepat.

Entah ini pertemuan yang kali ke berapa terakhir dalam hidup kita dengan Ramadhan.Nafsu, atau keinginan batin kepada kehidupan dunia masih memberontak.Belum juga berpaling untuk tuhannya, walaupun tiap malam ayat Iyyaka Na'budu wa iyyaa ka nasta 'iem, dibacakan malah di ulang-ulang. Aduhai, betapa kerasnya hati. Cinta dunia masih melekat. Ini lah perjuangan untuk melepaskan cinta dunia dari orbit diri, supaya ruh kita dapat ke angkasaraya Tuhan melepasi cakrawala dunia. Sekali lagi, mampukah Ramadhan kali ini membawa kita ke objektifnya?

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre