Perjalanan Blog Norish

Assalamulaikum, Gelap Cerah, Gelap Cerah, Siang Berganti Malam, Bulan Bertukar Bulan, Tahun Bersilih Ganti, Tup Tup...Blog Kembara Hidup Norish77 sudah berusia 4 tahun lebih.
Tolak campur semua artikel, ulasan dan posting umum, penulis dapati sudah lebih 1000 artikel berada dalam blog ini. Termasuk sumbangan rakan-rakan penulis dan juga ambilan dari pihak ketiga.
Awalnya kewujudan blog, Cikgu Jinggo dan rakan-rakan lain termasuk Dr.Shahruddin banyak merespon setiap artikel.
Artikel terawal dipost pada 27 April 2008, sedangkan tahun sebelum, sudah banyak artikel yang sempat penulis publish dalam blog yang lama.Kesilapan penulis sewaktu memindah artikel ini, gara-gara kurangnya ilmu bab ini waktu itu dan nak cepat melihat hasil, entah berapa banyak entri terlepas begitu saja.
Blog Norish pernah di angkat antara blog yang paling aktif di Malaysia oleh Blogger Ameduke, (antara blog yang dihasil oleh guru) Majalah Pendidik (2009) juga pernah menampal muka depan blog dan penulis di majalah itu.
Cabaran
Penulis tidak menemui banyak cabaran didalam menulis, kerana penulisan kita berfokus kepada isi, bukannya kepada bahasa. Sementelahan penulis sendiri banyak membaca buku-buku dan majalah dari penulis dari Indonesia, maka tidak hairanlah jika sesekali bahasanya seperti rojak. Yang penting mesej itu sampai. Lagipun penulisan yang berformat karangan Bahasa Melayu tahap SPM kurang sesuai bagi penulis untuk berada di blog ini. Kerana blog ini penulis gunakan sebagai jalannya "dakwah". Juga sebagai iklan atas beberapa ceramah yang penulis sampaikan.
Namun ada sedikit masalah, apabila dahulunya penulis baru mempunyai seorang anak, waktu begitu banyak untuk menulis, namun ditambah kehadiran dua cahaya mata lagi, masa kita dicuri mereka, kadang-kadang, baru sahaja membuka papan depan blog, mereka dah nangis....aduh.. So...banyak juga entri yang hanya tersimpan judul dan tajuk yang indah, namun tidak sempat penulis hasilkan. Sayangkan.
Isi Blog
Awalnya ia hanya mencatat situasi semasa yang berlaku disekeliling, baik ditempat kerja mahupun dalam masyarakat. Lama kelamaan, ia semakin berusia, penulis menulis unsur jenayah, agama, motivasi, bimbingan, dan dadah yang semakin merahaja lela tanpa kerelaan kita semua.
Kenapa Minat Berblog
Saya bukanlah insan istimewa, yang boleh masuk TV dan Radio, sedangkan kewajipan yang terpikul atas bahu setiap kita adalah dakwah, so, inilah jalannya, ya..berblog membantu penulis menyalurkan ilmu. Ilmu ini pula, bila disampaikan, semakin bertambah, yeah...ini dapat kita rasakan.
FirmanNya dalam Surah AlFussilat ayat 33
FirmanNya dalam Surah AlFussilat ayat 33
Dan Siapakah yang lebih baik perkataannya, daripada orang2 yang menyeru orang lain kepada Allah, kemudian dlm masa yang sama dia beramal soleh, dan berkata (dengan perkataan dan perbuatannya) sesungguhnya aku daripada orang2 Muslim. |
Terima Kasih kepada semua yang pernah hadir ke persada blog norish. Tahniah atas sumbangsih anda, teruskan kita maju didalam beragama. Ada yang kata, ana seronok membacanya kerana penulisannya santai, bermesej, ada pula yang kata, ana dah baca hampir 70 persen isinya.Wah..Tahniah.Tidaklah sia-sia penulisan ini. Bolehlah menolak kata-kata tadi,untuk apa awak menulis? Habis masa sahaja.
Dari Mana Ilmu Berblog
Awalnya penulis temui dari buku Majalah PC keluaran tahun 2007.Sebetulnya keinginan menulis sudah lama tersirat, bahkan semenjak kaki penulis tiba di BAnda Aceh.Cuma belum ada kemudahan yang lengkap. Penulis membaca sebuah blog yang ditulis oleh mahasiswa Indonesia yang sedang menuntut di Jepun, penulis hubunginya untuk belajar mencipta blog. Yeah..ternyata beliau bukan kedekut ilmu, semuanya diturunkan.
Lebih dari itu, penulis dapatkan dari Majalah PC.Waktu itu (2007) belum banyak tips-tips menulis dan menghias blog di Malaysia. Namun kini, walaupun hanya baru beberapa tahun, blog tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
Dari Mana Ilmu Berblog
Awalnya penulis temui dari buku Majalah PC keluaran tahun 2007.Sebetulnya keinginan menulis sudah lama tersirat, bahkan semenjak kaki penulis tiba di BAnda Aceh.Cuma belum ada kemudahan yang lengkap. Penulis membaca sebuah blog yang ditulis oleh mahasiswa Indonesia yang sedang menuntut di Jepun, penulis hubunginya untuk belajar mencipta blog. Yeah..ternyata beliau bukan kedekut ilmu, semuanya diturunkan.
Lebih dari itu, penulis dapatkan dari Majalah PC.Waktu itu (2007) belum banyak tips-tips menulis dan menghias blog di Malaysia. Namun kini, walaupun hanya baru beberapa tahun, blog tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
Comments
Betul tu Cikgu, blog saya pun selalu ada sarang labah-labah.
Tahniah..semoga blog ini terus maju jaya.