Memanjat di dedaunan kering


Subhanallah. Maha Suci Allah. Mimpi merupakan satu anugerah Ilahi yang sangat penting. Pentingnya mimpi bagaikan satu wahyu. Kadang-kadang boleh mengubah hidup seorang manusia menjadi lebih baik, lebih bertaqwa, walau kadang-kadang ada yang menjadikan mimpi titik  alasan untuk dia jatuh semula.Mimpi disebut Rasulullah sebagai mukjizat Nabi yang ke 40.

Saya mendengar seorang perempuan (yang saya tidak kenal) menceritakan kepada abang ipar saya dalam mimpi tadi, bahawa apabila dia berzikir menyebut nama Allah Allah Allah, lalu tak semena-mena keluarlah semacam satu objek dari mulutnya, saya menganggap objek itu sebagai jin yang berbentuk setongkol batu. Lalu saya mencelah, itulah (kamu)… entah ilmu apa yang kamu amal selama ini. Ilmu dan amalan dia itu (yang selama ini bersarang dalam dirinya) telah keluar melalui dzikir itu.

Update

Saya bertanya demikian kerana teringat pada kisah arwah Pak Jamal di Aceh dahulu. Saya bertemu Pak Jamal sekitar tahun 2001. Beliau menerima wirid dari Bapak Amir dari Banten, ketika disampaikan ijazah menyebut Lafaz Kalimah Allah, dia tidak berjaya menyebutnya dengan betul.Berkali-kali cuba di ajarkan bagaimana menyebut kalimah Allah. Akhirnya seperti seekor harimau mahu keluar dari dalam tubuhnya ketika dia mencuba menyebut nama Allah. Sambil menangis... matanya yang selama ini keras lembut jua dengan kalimah Allah.

Besoknya beliau bercerita kepada saya, katanya 

"Pak Sam, dahulu saya mengamalkan satu ilmu, ilmu ini tujuannya supaya berani. Maklum di Aceh orang berperang sana-sini. Malam-malam mana ada orang berani keluar rumah.Pantang larang dalam ilmu ini ialah tidak boleh mandi dan tak boleh solat. Bayangkan berapa lama saya tidak solat?So, Ilmunya selama ini itulah yang membuat dia menjadi susah untuk menyebut nama Allah, walaupun pada kita tidaklah payah.

Rupanya keadaan yang saya tinggal adalah keadaan huru hara hari kiamat. Orang ramai pun saya sudah tidak tahu di mana lagi kedudukan mereka. Apakah masih hidup atau sudah meninggal. Saya berusaha untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang saya melihat dan berusaha mengelak dari ditimpa berpuluh-puluh pohon kelapa yang tumbang serentak. Bayangkan dengan bunyi yang kuat, 30 batang kepala tumbang ke satu arah secara serentak. Saya lihat bunyi pohon itu mahu tumbang ke arah saya, saya cuba ikhtiar lari darinya. Mujur hujung dahan rantingnya tidak mengenai saya. Lalu saya berjalan lagi, di jalan hadapan saya jalan sudahpun mati akibat pohon-pohon yang tumbang.

Sekeliling saya adalah pohon-pohonan yang kering dan sudah mati. Saya lihat atas saya ada orang yang masih selamat, dia lah yang bantu pegang tangan saya untuk naik ke atas, saya memanjat atas daun-daun yang kering dengan kaki dan perasaan yang letih.

Sampai dirumah saya, ramai budak-budak remaja perempuan sedang berlindung. Saya pun tidak tahu siapa mereka. Yang saya tahu hanya rumah saya yang masih selamat. Anak-anak saya pun entah dimana. Suasana kelam kabut diluar. Dan masih ada lagi sekumpulan manusia yang sedang berbincang untuk datang ke rumah saya lagi untuk berlindung.

Saya kemudian berbaring, saya capai sebuah telefon untuk menghubungi seorang sahabat saya, ingin memberitahu bahawasanya kita sekarang sedang berada didalam suasana kiamat. Saya lihat telefon itu tidak lagi bercahaya, cahayanya malap dan memang tidak boleh digunakan lagi. Sementara arus elektrik semuanya sudah terpadam.

Kemudian saya terjaga dari tidur sambil mengucapkan astaghfirullahal adzim.Teringat saya pada awal surah Al-Haj, maknanya, 

Wahai manusia, bertaqwalah engkau kepada tuhanmu, sesungguhnya goncangan hari kiamat itu sangat dahsyar, Pada hari kamu itu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan (AlHaj Ayat 1-2).

22 Disember 2012.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre