Ceramah Membuat Murid Menangis

Salam, Ada beberapa cara yang boleh membuat pendengar menangis, paling mudah sebab mereka tersentuh atau bercampur perasaan takut. Saya tidaklah pandai macam kawan-kawan yang lain seperti pemunya blog aspirasidiri.blogspot.com. Juga sahabat saya Encik Jamhari Saari yang kini menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Raja Melewar.
Namun ceramah Mengenal Diri malam tadi dengan iringan suara latar, muzik dan juga video kematian paling membuat suasana bertambah bising. Bising kerana ada yang menangis sehingga tangisannya mengganggu pendengar yang lain.

Mengenal Diri Sendiri adalah antara part terpenting dalam hidup ini. Man Arafa Nafsahu Arafa Rabbah.Barangsiapa Mengenal dirinya, maka dia akan kenal SIAPA TUHANNYA.

Tak kenal diri, automatik tak akan kenal Tuhannya. Tuhan ada banyak. Mana satu tuhan dia. Salah satu Tuhan bernama ALLAH. Itulah Tuhan yang Esa, Hidup, Kekal Baqo, Tidak Musnah, Dialah yang menciptakan Alam Semesta nan luas ini. Dialah yang menjadikan kita dan Dialah yang menentukan panjang atau  singkatnya hidup seseorang. Kepada DIALAH kita semua akan kembali. 

Baik samada kita rela atau terpaksa. Hidup ini terpaksa, mati juga terpaksa.Nak tak nak, kita mesti membuat preparation ke arah itu. Siapa pun anda, akhir hidup anda adalah dalam tanah nan sempit, gelap gelita.

Oleh kerana takut, ramai tidak mahu lihat, hanya menunduk dna menutup mata. Saya pula yang meminta mereka melihat, sebab mereka adalah pengawas, mesti kuat. Mereka terpilih untuk menonton filem pendek ini.

Waktunya pula waktu malam.So.. sangat bertepatan. Minggu depan, SK Bandar Sri Putra menjemput saya untuk acara yang sama pada waktu malam. Insya Allah video ini akan menjadi sebahagian tatapan mereka disana nanti.

Berikut adalah beberapa slaid yang diperlihatkan malam tadi.
Dan ini pula videonya

Anda mahu Slot ini?
Hanya RM10.00



Comments

nurabadi said…
emmmm jangan jek sangat..
nurabadi said…
jangan jek sangat syekh... kang tebongkang buatnya..

Popular posts from this blog

SMK Kajang Utama

Data Lama

Lawatan Mahasiswa SPADA ke Cristian Care Centre