Posts

LADAP 5 DI SK BANGI

Image
20 Jun 2009. BANGI. EN.Shamsuddin, Kaunselor di Jabatan Perkhidmatan Awam hari menjadi tetamu undangan SK Bangi untuk menyampaikan ceramah LADAP bertajuk keluarga bahagia. Baru semalam beliau tampil di TV3 dalam siri khas jam 9.00 pagi. Sakit perut jugak kekadang guru dibuatnya dengan gurauan dan misalan. Beliau pernah hadir ke sini dalam siri menyampaikan ceramah kepada ibu bapa murid tahun 6 empat tahun yang lalu. Kalau dulu dengan OHP, kini dengan Thumdrive. Kalau dulu di SK Kantan, kini di PUtrajaya. Namun satu masih belum berubah, kalau dulu dengan motosikal, namun kini dengan motosikal jugak. Saya sempat bertanya, dengan apa tuan ke TV3 semalam? Dengan motorlah jawabnya, saya suka ke mana-mana dengan motor, sebab cepat sampai dan saya kurang arif jalan-jalan di KL, kalau tersesat mudah nak pusing balik. Dalam ceramahnya tadi, beliau menekankan perlunya hubungan dalam keluarga di selangi dengan panggilan sayang. Satu hari, anda mesti menyebut sayang sebanyak 21 kali. Guru-gur...

Doktor ..

Image

Rampasan Dadah Nikotin

Image

18 Jun 2009 : Fuuhhhhh

Image
Ramai menarik nafas lega hari ini apabila cuasa panas yang dijangka hanyanya sebuah ramalan sahaja. Guru-guru malam ini boleh tidur gaya bebas semahu-mahunya, yang ingin menonton filem hantu, tontonlah sampai jadi hantu...

Dadah di Bangi

ADA yang mengatakan ternampak kelibat orang sedang memberi d an mendapatkan sesuatu di luar pagar sekolah, persis di belakang rumah guru. Bukan satu dua orang, bahkan lebih dari tiga, dalam bahasa arab kalau lebih tiga itu boleh dipanggil jamak. Bahkan Guru Besar sendiri mengatakan ada komplen dari ibu dan bapa tentang cerita yang sama. Kemungkinan besar transaksi jual beli dadah yang tuan saksikan itu. Dulu mereka sering berjual beli di depan Petronas, namun kata SI Balai Bangi, orang tu dah kena tangkap. Kami minta tuan-tuan dan puan-puan yang melihat lagi kejadian ini terus melaporkan kepada pihak AADK Hulu Langat. Pejabatnya di atas Perhentian Bas Kajang. Pihak sekolah tidak dapat berbuat apa-apa hal ini, sementelahan ianya terjadi diluar ruang sekolah, walau pun hampir dengan sekolah. Seorang kakitangan sekolah suatu ketika dahulu bercerita, bahawa dia sendiri pernah melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa Polis. Apa jadi? Hampir sebulan dia di ekori oleh sebuah kereta, keman...

Lawatan ke rumah kali ke 5

Image
59 Hari tidak hadir sekolah, ibu meninggal 2 tahun lalu, mengeja nama sendiri masih salah, usia telah mencapai 11 tahun. Waktu saya ke rumah petang ini, dia tiada di rumah, hanya adik, nenek dan abang. Ketika ditanya kenapa adik tidak mahu ke sekolah, mereka jawab malas. Sudahkah paksa dia pergi? Sudah...bapanya sudah pun mengambil tindakan memukulnya. Namun tiada hasil. Petang ini pun dia keluar pergi bermain-main. Ke mana masa depan murid ini. Bukan salah siapa, tapi apa nak buat?

Kalau Saya Bisa Bangun...

Siapa boleh bantu saya terjemahkan isi video ini? Video ini sangat menarik. Ketika satu program bersama penagih dadah (pengguna metadon) di Hospital Sungai Buloh beberapa bulan yang lalu, mereka di tunjukkan tayangan ringkas video ini. Kalau saya tak punya tangan dan kaki bisa bangun, kenapa anda yang punya anggota yang lengkap, kaki dan tangan tak boleh bangun? ayuh bangunlah.... tinggallkan kealpaan, bangkit dari kesedaran... Biasanya penagih yang tegar, yang tidak mempunyai kesedaran untuk pulih, dia akan jatuh dan bangun, jatuh dan bangun berpuluh-puluh kali. Setiap kali jatuh (relapse) atau kembali menagih setelah berhenti lama, tempohnya cukup lama. Dan majoriti mereka mengatakan tiada dahan untuk bergayut, untuk bangun semula. Lubang kejatuhan sangat dalam. Sehingga mereka tak upaya untuk bangkit.