Posts

Pelajar Sekolah : Tanam Bayi

Image
SHAH ALAM: Seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun dari sebuah sekolah menengah di sini bersama seorang kakaknya berusia 24 tahun ditahan reman selama empat hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Norkamilah Aziz bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Laporan berita semalam berkata polis menahan pelajar itu pada Khamis lalu kerana dipercayai ibu kepada bayi lelaki yang ditemui mati ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata remaja itu ditahan di sekolahnya di sini jam 9 pagi semalam, manakala pasangannya serta dua lagi individu yang dipercayai bersubahat dalam kejadian berkenaan, sedang dikesan. "Ketika ditahan, pelajar terbabit berada dalam keadaan lemah kerana masih dalam tempoh berpantang," katanya. Noor Azam berkata, laporan kesihatan mendapati remaja berken...

Serang ibu, bapa tiri1

Image
KUANTAN: Hanya kerana terganggu dengan bunyi hon kereta bapa tirinya, seorang lelaki naik berang sebelum menyerang lelaki itu serta ibunya sendiri dengan tukul besi, kerusi dan topi keledar dalam satu kejadian amuk di Taman Cenderawasih, Bukit Setongkol, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, lelaki berusia 31 tahun yang juga seorang penagih dadah turut mengugut membunuh kedua-dua orang tuanya itu sehingga memaksa mereka berlindung di rumah seorang jiran. Pegawai Turus di Jabatan Urusetia, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, bapa tiri suspek berusia 84 tahun, manakala ibunya berusia 57 tahun baru tiba di rumah selepas pulang dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Menurutnya, ketika tiba di hadapan rumah, kereta milik jiran menghalang laluan kenderaan mereka untuk masuk ke pekarangan rumah. “Berikutan itu, bapa tiri suspek membunyikan hon berulang kali sebelum pemilik kereta berkenaan mengalihkan ...

Kenapa Nak Mati Awal

Image
Tubuh badan adalah anugerah Tuhan yang sangat mahal, tidak dapat dinilai dengan harga wang ringgit, dollar dan rupiah. Hidup ini pun sekali sahaja, tiada lagi kehidupan selepas ini, kecuali hidup yang kekal abadi di sana nanti. Hidup disini pun bukan lama, sorang-sorang rakan kita sudah meninggal. Hanya tinggal anda, saya dan beberapa orang lagi. Kata Nabi, kita hidup disini (dunia) ibarat orang yang sedang menaiki sebuah kapal besar, dan singgah sebentar di pulau dunia. Kemudian kapal akan membunyikan horn nya, sedang ketika itu ada yang sudah naik kapal dan ada yang masih asyik membeli-belah. Tuan-puan, ada sebahagian antara kita, berusaha secara perlahan-lahan untuk membunuh diri. Secara tak sedar, rokok, merupakan pembunuh dalam senyap. Tak kesian ke anda meninggal dunia muda, sedang anak-anak masih kecil, menagih kasih sayang dari seorang manusia yang bernama bapa.

Anak Tak Sekolah

Image
Dalam istilah arab, kalau lebih 3 maknanya ramailah. 3 dah boleh dipanggil jamak. Dalam ribuan murid sekolah, ada beberapa orang yang selalu tidak hadir sekolah. Antara masalah yang dapat dikesan ialah : 1. Bapa seorang penagih, pengurusan anak tidak ada yang urus. 2. Bapa menyalahkan isteri, sebab tidak bangunkan anak, bahkan isteri tidur sama 3. Bangun lambat. Di tinggal bas/van Sebagai guru kaunseling sekolah, menjadi tugas saya membuat lawatan ke rumah, mengorek rahsia apa masalah sebenar hingga anak sering tidak ke sekolah. Jawapan bapa : Seperti nombor 2. Isteri saya ada penyakit, kalau tidur tak bangun, pagi-pagi saya keluar kerja, anak tidak dibangunnya. Dia pun sama turut tidur. Tak pe lah cikgu, terima kasih datang, nanti saya adjust lah macam mana. Saya cukup kesal terhadap bapa sebegini sebagai umat Islam, malu pada Cina Pekan Bangi, jam 6 pagi sudah bangun. Ini orang Melayu, jam 7 belum bangun ka. Persoalan yang kadang-kadang terlepas di mulut saya, ...

Tanda Dunia Modern

Image
Drs.Achmad Mubarok dalam bukunya Jiwa,mengupas tentang penyakit-penyakit rohani yang melanda manusia zaman modern. Sebelumnya beliau menerangkan apa yang dikatakan dunia moden. Menurutnya, petanda zaman modern itu ditandai oleh 2 keadaan. Yang pertama penggunanaan sistem teknologi dalam semua hal dan kedua berkembang biaknya ilmu teknologi. Antara teknologi yang wujud ialah Telefon Bimbit. Kedatangannya ke dunia akhir zaman membawa banyak kebaikan. Pun ada yang menyalahguna untuk pemuasan nafsu diri sendiri. Anda bayangkan, bagaimana lelaki boleh masuk ke dalam kamar seorang perempuan, lalu tidur berkali-kali, sedang mak bapak perempuan ada dirumah, dan akhirnya perempuan itu hamil? Bukankah kerana telefon bimbit yang mengantar isyarat line clear...boleh masuk. Ingatlah.. Fa Amma man thogho...wa atsral hayatad dunya....Dan adapun orang yang togho...melebih-lebih, jahil, dan mengikut kehidupan dunia, maka neraka jahim baginya di akhirat kelak. " Wa amma man khoo fa maqaa ma r...

Anak Akan Berkorban Pabila...

Image
Dari beberapa titik-titik kesimpulan kejayaan anak-anak, dapatlah disimpulkan akan beberapa hal. Yang pertama, anak AKAN berkorban untuk ibu bapa, belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa, setelah mereka menyedari pengorbanan dari orang tuanya untuk dirinya. Orang tua yang tidak banyak berkorban, ibaratnya hanya membiarkan masa membawa anaknya ke pulau kejayaan, tanpa dayungan, tanpa enjin, hanya mengharap angin yang membawa sampan itu bergerak sendiri tanpa kemudi. Masa untuk anak-anak tuan berdepan UPSR hanya tinggal 100 hari lebih lagi. Dari pengalaman ibu bapa yang dulu-dulu, yang anak mereka dapat 5 dan 4A, antara beberapa hal yang mereka lakukan adalah : 1. Memperbanyak solat hajat 2. Memperbanyak latihan utk anak2 menjawab soalan-2 lepas 3. Sentiasa berdoa dalam dan luar sembahyang 4. Menasihati anak dan terus memberi motivasi bahawa dia boleh 5. Mengawal TV, Games 6. Menemani anak belajar, mencari masalah bersama, apa yang anak saya tidak faham dan kenapa dia tidak f...

Nasib Pelajar di bela Bapa

Image
Satu kisah yang disampaikan oleh En.Bahrin kelmarin di dewan "Bukit Kepong". Satu ketika dulu, ada seorang pelajar sangat nakal. Di dalam kelas punya kurang ajar, waktu guru mengajar, dia masukkan kakinya dalam meja sekolah. Satu hari dia ditangkap kes menagih ganja. Pihak sekolah dengan bantuan pihak terbabit membuat "urine test". Ternyata terdapat dadah jenis ganja. Pihak kimia hospital turut mengesahkan. Bapa kemudiannya dipanggil ke sekolah. K : Kaunselor B : Bapa K : Maaf encik, anak encik kami dapati menagih ganja, ini bukti nya. (jawapan kertas ujian air kencing). B : Ah...ini semua cikgu boleh buat En.Bahrin menghulurkan kertas dari pihak ahli kimia K : Ini pihak kimia turut mengesahkan. B : Ah....ini semua orang boleh tulis... Bapanya tak mengaku dan tidak mahu menerima kenyataan. Takpelah... En.Bahrin meminta agar guru lain yang mengajar anak ini dengan sabar, walaupun jauh dalam jiwa ada perasaan tidak redha dengan perbuatannya. Dimana sekarang buda...